09 Mac 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar melonjak terhadap peningkatan hasil dan pemulihan.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama terus melambung tinggi berikutan dengan hasil bon yang lebih tinggi dan jangkaan terhadap pemulihan ekonomi yang cepat telah menambah kelebihan untuk dolar AS. Hasil Perbendaharaan 10-tahun AS kekal berdaya tahan dan melayang sekitar 1.6% susulan dengan pasaran terus menjangkakan inflasi yang lebih tinggi dan prospek optimis untuk ekonomi AS. Jangkaan terhadap pemulihan yang lebih cepat juga bertambah selepas data telah melaporkan bahawa sekitar 30 juta orang, atau 9.2% penduduk A.S. telah menerima vaksinasi. Di samping itu, sentimen dolar juga disokong oleh kelulusan dalam rangsangan AS baru-baru ini. Rancangan tersebut akan dikembalikan dan diundi di Dewan Perwakilan pada hari Rabu sebelum dihantar kepada Presiden A.S. Joe Biden untuk ditandatangani dan dilaksanakan secara rasmi. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.10% kepada 92.36.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.04% kepada $65.30 setong berikutan dengan jangkaan terhadap pemulihan ekonomi global yang dapat meningkatkan permintaan bahan bakar. Tumpuan pasaran tetap pada pemulihan ekonomi susulan dengan Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen menyatakan pada hari Isnin bahawa pakej bantuan koronavirus bernilai $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden akan menyediakan sumber yang mencukupi untuk mendorong pemulihan ekonomi A.S. yang “sangat kuat”. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.11% kepada $ 1686.53 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 CrudeOIL EIA Short-term Energy Outlook
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 92.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 92.60, 93.00
Tahap sokongan: 92.10, 91.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rata di bawah tahap rintangan di 1.3845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3845, 1.3945
Tahap sokongan: 1.3755, 1.3625

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1830. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1755

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.15, 109.65
Tahap sokongan: 108.55, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut di 0.7660. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 0.7660, 0.7730
Tahap sokongan: 0.7600, 0.7560

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7105. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 0.7165, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2685. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9370. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.9370, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9290, 0.9225

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 64.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntugannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 66.10.
Tahap rintangan: 66.10, 67.70
Tahap sokongan: 64.55, 63.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap terendah saluran menurun. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1694.05, 1712.45
Tahap sokongan: 1666.70, 1637.45