9 Mac 2022 Analisis Sesi Pagi
Risiko stagflasi berlegar dalam pasaran, aset selamat Dolar melonjak.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama terus melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar. Pada masa ini, para pelabur kekal bimbang bahawa kenaikan harga komoditi yang dicetuskan oleh perang Rusia-Ukraine berkemungkinan akan mencetuskan risiko stagflasi pada masa hadapan, mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Reuters, Presiden AS Joe Biden mengumumkan pengharaman minyak dan import tenaga lain dari Rusia pada hari Selasa sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Ukraine. Pada masa kini, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC minggu depan untuk mengukur kemungkinan pergerakan ke atas Dolar AS. Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.05% ke 99.10.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.46% ke $126.45 setong semasa penulisan. Pasaran minyak terus meningkat di tengah-tengah para pelabur khuatir terhadap pelaksanaan sanksi yang akan mengganggu bekalan minyak pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $2,048.45 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke arah emas selamat untuk melindung nilai terhadap risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Jan) | 10.925M | 10.925M | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.597M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.25.
Tahap rintangan: 100.25, 101.20
Tahap sokongan: 98.85, 97.30
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3095. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3095, 1.2985
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0945, 1.1075
Tahap sokongan: 1.0820, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 115.70 116.25
Tahap sokongan: 114.60, 113.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7410. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7525
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7180
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6895. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6715.
Tahap rintangan: 0.6895, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2885. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2885, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2785, 1.2705
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9270. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9345.
Tahap rintangan: 0.9345, 0.9420
Tahap sokongan: 0.9270, 0.9180
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 122.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 127.30, 132.55
Tahap sokongan: 122,80, 115.85
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 2025.95. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 2055.70, 2070.75
Tahap sokongan: 2025.95, 2001.45