83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 April 2018                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: April 9 – 13

Kajian Pasaran (Forex): April 2 – 6

Dolar A.S.

Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas para pelabur memberikan kekhuatiran mereka ke atas perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia sementara laporan pekerjaan AS yang bercampuran gagal untuk mengubah sentimen pasaran. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.33% dan disebut harga berdekatan 89.92 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.

 

Aliran menurun pada dolar telah tercetus selepas China mencadangkan bahawa mereka akan bertindak balas sepenuhnya ke atas Presiden Donald Trump sekiranya beliau mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import China yang berjumlah $100 bilion. Polisi yang bersifat protectionism tersebut boleh mencetuskan perang perdagangan berskala besar dan ia akan mengancam pertumbuhan ekonomi global dan di AS.

 

Seawalnya, dolar telah mengalami tekanan bearish susulan dengan pembebasan laporan NFP yang lebih suram dari US Labor Department. Di dalam laporan tersebut, ekonomi AS telah menjana hanya 103,000 pekerjaan bagi bulan Mac, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 193,000. Sementara itu, kadar pengangguran masih kekal tidak berubah dengan 4.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk susut sebanyak 0.1% ke 4.0%. Namun, kerugian pada dolar telah dihadkan selepas pertumbuhan gaji memberikan bacaan di dalam jangkaan dengan 0.3% sambil memberikan sedikit sokongan kepada tekanan infalsi semasa.

 


 

US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan

Nonfarm Payrolls bagi bulan Mac telah tersasar daripada jangkaan dengan hanya 103,000.

 

 

US Unemployment Rate

—– Ramalan

Kadar pengangguran bagi bulan Mac menstabilkan posisinya di 4.1%, tersasar daripada jangkaan untuk susut sebanyak 0.1% ke 4.0%.

 


 

US Average Hourly Earnings

—– Ramalan

Pertumbuhan gaji memberikan bacaan di dalam jangkaan dengan 0.3% bagi bulan Mac.

 

 

USD/JPY

Mata wang dolar didagang dengan lebih rendah berbanding dengan Yen Jepun selepas ia susut sebanyak 0.42% ke 106.93 susulan dengan penghindaran risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan diantara AS-China.

 

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan keuntungannya berbanding dengan dolar selepas ia meningkat sebanyak 0.33% ke $1.2281.

 

 

GBP/USD

Mata wang pound sterling menokok berbanding dengan dolar selepas pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.61% ke $1.4087. Sterling telah melanjutkan aliran bullish sejak bulan lepas selepas Britain dan zon Eropah mencapai konsensus mengenai pelan transisi Brexit sementara Bank Pusat England memberikan isyarat bullish untuk mempunyai kenaikan kadar faedah bagi beberapa tempoh yang akan datang.


 

Kajian Pasaran (Komoditi): April 2 – 6

GOLD

Harga emas melanjutkan kenaikannya pada hari Jumaat yang lalu berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan yang makin meningkat diantara AS-China dan dolar AS yang lebih lemah. Harga aset ini meningkat sebanyak $6.76 atau 0.51% dan menutup minggu lalu di paras $1,333.38 se troy auns. Sekiranya risiko di dalam pasaran meningkat, permintaan bagi aset selamat ini akan meningkat bagi melindungi kapital para pelabur dari risiko kerugian yang tinggi. Selain itu, dolar yang lebih lemah akan membolehkan para pelabur yang menggunakan mata wang yang lain untuk membelinya dengan harga yang lebih rendah memandangkan aset ini disebut harga dengan mata wang dolar AS.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah susut sehingga ke paras rendah dua minggu pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan diantara AS-China. Harga komoditi berharga ini melanjutkan kerugiannya sebanyak 2.84% atau $1.81 ke paras $61.89 setong pada lewat sesi dagangan hari Jumaat.

 

Sentimen penghindaran risiko telah menakluki pasaran pada hari Jumaat yang lalu selepas China menegaskan bahawa mereka akan bertindak balas sepenuhnya ke atas pentadbiran Trump sekiranya mereka mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import dari China yang berjumlah $100 bilion. Ketegangan yang makin meningkat diantara dua ekonomi yang terbesar telah mencetuskan ketakutan di dalam kalangan para pelabur oleh kerana ia mampu mengubah corak perdagangan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

 

Selain itu, harga komoditi ini telah menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas Baker Hughes melepaskan laporan yang bearish mengenai bilangan pelantar minyak. Di dalam laporan tersebut, bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 10 ke 808, paras yang tertinggi sejak 27hb Mac di dalam tahun ini. Laporan tersebut telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap pembekalan AS yang meningkat selepas ia mencecah paras rekod tinggi 10.46 juta tong sehari pada minggu lalu.

 

 


 

Pandangan Mingguan: April 9 – 13

Untuk minggu ini, para pelabur akan terus memantau ketegangan diantara Amerika Syarikat dan China mengenai perdagangan bagi mendapatkan sentimen dan prospek pasaran. Sementara itu, Bank Pusat Eropah dan Amerika Syarikat akan membebaskan minit mesyuarat masing-masing yang boleh memberi petunjuk yang lebih lanjut mengenai arah tuju dasar kewangan bagi jangka masa yang akan datang.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan memberi fokus kepada laporan bulanan yang dilepaskan oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan International Energy Agency untuk memantau keadaan permintaan dan pembekalan minyak global.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 9 – 13

Isnin, April 9  

Data

EUR – German Trade Balance (Feb)

GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Mar)

CAD – Housing Starts (Mar)

 

Acara

N/A

 

Selasa, April 10  

Data

AUD – NAB Business Confidence (Mar)

USD – PPI (MoM) (Mar)

CAD – Building Permits (MoM) (Feb)

 

Acara

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

 

Rabu, April 11  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – Westpac Consumer Sentiment (Apr)

CNY – CPI (YoY) (Mar)

CNY – PPI (YoY) (Mar)

GBP – Industrial Production (MoM) (Feb)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb)

GBP – Trade Balance (Feb)

USD – Core CPI (MoM) (Mar)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, April 12  

Data

EUR – French CPI (MoM) (Mar)

EUR – Industrial Production (MoM) (Mar)

USD – Import Price Index (MoM) (Mar)

USD – Initial Jobless Claims

CAD – New Housing Price Index (MoM) (Feb)

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Jumaat, April 13

 

 

Data

EUR – German CPI (MoM) (Mar)

CNY – Trade Balance (USD) (Mar)

EUR – Trade Balance (Feb)

USD – JOLTs Job Openings (Feb)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr)

CrudeOIL – US Bakar Hughes Oil Rig Count

 

Acara

GBP – BoE Gov Carney Speaks

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

CrudeOIL – IEA Monthly Report

USD – FOMC Member Rosengren Speaks

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: April 9 – 13

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah berundur dari tahap rintangan 90.00 baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 90.00, 90.65

Tahap sokongan: 89.40, 88.40

 

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD masih didagang dengan aliran menaik selepas ia melantun dari garisan trend berhampiran dengan 1.4000. Penyusutan pada momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek ke arah sasaran di 1.4240.

 

Tahap rintangan: 1.4240, 1.4430

Tahap sokongan: 1.4000, 1.3800

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 108.40, 109.70

Tahap sokongan: 105.95, 105.45

 

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke arah tahap sokongan di 1.2200.

 

Tahap rintangan: 1.2340, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2000


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras tengahnya. Pengunduran dari tahap rintangan 1340.00 baru-baru ini mencadangkan bias bearish. Justeru, penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) akan memberikan pengesahan yang lebih lanjut. Namun, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia berjaya untuk memecah keluar dari salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70

Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 66.65 sambil membentuk formasi segi tiga meningkat. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah paras bawah segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 63.75, 66.65

Tahap sokongan: 60.80, 59.00