9 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam berikutan dengan ucapan Jerome Powell.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang saingan utama gagal memulih daripada kerugian sebelumnya sambil melanjutkan aliran menurun ke tahap terendah dalam tempoh dua minggu selepas komen yang neutral telah diberikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell. Awal hari ini, Powell telah mendedahkan dalam perbahasan IMF bahawa ekonomi global dan Amerika Syarikat tidak akan dapat memulihkan aktiviti ekonomi dengan yakin selagi dunia tidak diberi vaksin sepenuhnya. Selain itu, beliau juga memperingatkan masyarakat bahwa pemulihan ekonomi AS masih belum lengkap dan tidak stabil, tetapi kebanyakkan aktiviti ekonomi harus dapat dibuka kembali “tidak lama lagi” berikutan dengan kemajuan program vaksinasi yang sedang berjalan. Namun, dengan risiko pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya, Powell menyatakan Bank Pusat AS akan terus menyokong ekonomi sambil memantau pertumbuhan inflasi dan kadar pekerjaan dari semasa ke semasa. Sebaliknya, peningkatan yang tidak dijangka dalam jumlah orang Amerika yang menuntut insurans pengangguran membebani pasaran dolar AS. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, data Initial Jobless Claims AS dibebaskan pada 744K, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 680K, menunjukkan bahawa pasaran pekerjaan menjadi lemah dan rentan di tengah kenaikan kes Covid-19 AS baru-baru ini. Pada masa penulisan, indeks dolar turun 0.42% ke 92.05.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot 0.02% ke $59.74 setong di tengah-tengah kebangkitan Covid-19 mengancam prospek permintaan pasaran komoditi hitam ini. Namun, penurunan yang mengejutkan dalam data EIA Oil Inventory mengehadkan kerugian harga minyak mentah, sementara para pelabur kini sedang mengawasi perbincangan nuklear yang lebih lanjut antara Iran dan AS. Selain itu, harga emas turun 0.05% ke $1754.75 setroy auns disebabkan oleh kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – PPI (MoM)(Mar) | 0.5% | 0.5% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Mar) | 259.2K | 100.0K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 92.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 91.95.
Tahap rintangan: 92.40, 92.85
Tahap sokongan: 91.95, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3725. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.3810, 1.3910
Tahap sokongan: 1.3725, 1.3675

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1955.
Tahap rintangan: 1.1995, 1.2030
Tahap sokongan: 1.1865, 1.1795

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 110.05.
Tahap rintangan: 110.05, 110.80
Tahap sokongan: 109.20, 108.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7665.
Tahap rintangan: 0.7665, 0.7735
Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7060. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7060.
Tahap rintangan: 0.7060, 0.7110
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6945

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2570. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2510.
Tahap rintangan: 1.2570, 1.2635
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2465

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9230. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9230.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9360
Tahap sokongan: 0.9330, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 59.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 59.85, 61.30
Tahap sokongan: 58.70, 57.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1755.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1755.60.
Tahap rintangan: 1755.60, 1768.20
Tahap sokongan: 1739.00, 1723.85