9 Mei 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan dengan data ekonomi yang optimis.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama meningkat pada hari Isnin berikutan data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, Nonfarm Payrolls AS telah mencatatkan bacaan sebanyak 428K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 391K. Nonfarm Payrolls digunakan untuk mengukur perubahan dalam bilangan orang yang diambil bekerja pada bulan sebelumnya, yang tidak termasuk industri perladangan. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa terdapat lebih ramai orang bekerja di AS, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Selain itu, menurut kepada Reuters, hasil Perbendaharaan AS jangka panjang melonjak dan pasaran saham global terus merosot pada hari Jumaat susulan dengan kebimbangan inflasi. Inflasi yang didorong oleh perang berkemungkinan akan menyebabkan Rizab Persekutuan untuk melaksanakan kenaikan kadar yang agresif dalam mesyuarat FOMC seterusnya, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS. Namun, keuntungan Indeks Dolar telah dihadkan di tengah-tengah peningkatan Kadar Pengangguran AS. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, Kadar Pengangguran AS merekod pada bacaan sebanyak 3.6%, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak 3.5%,. Kadar pengangguran yang lebih tinggi berkemungkinan akan membebankan perkembangan ekonomi di AS. Keadaan tersebut telah mengurangkan daya tarikan pasaran ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.10% ke 103.80.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.70% ke $107.00 setong semasa penulisan susulan dengan Arab Saudi menurunkan harga gred minyak mentah Arab Lightnya ke Asia dan Eropah untuk bulan Jun. Sebaliknya, harga emas merosot sebanyak 0.14% ke $1880.08 se-troy auns semasa penulisan berikutan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 103.75, 104.50
Tahap sokongan: 103.15, 102.60
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2345, 1.2435
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2165
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0575, 1.0655
Tahap sokongan: 1.0505, 1.0420
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 130.75, 131.70
Tahap sokongan: 129.95, 129.05
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7160
Tahap sokongan: 0.6995, 0.6925
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6445, 0.6530
Tahap sokongan: 0.6325, 0.6200
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2995, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2830
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9880, 0.9825
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 110.50, 112.95
Tahap sokongan: 107.50, 104.35
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1917.85, 1958.25
Tahap sokongan: 1866.25, 1830.15