9 Mei 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS didagang bercampur-campur menjelang angka inflasi
Indeks dolar kekal lemah berbanding mata wang utama lain kerana pelabur berhati-hati menunggu angka inflasi untuk mengukur jika Rizab Persekutuan (Fed) akhirnya akan menghentikan pelan kenaikan kadar mereka pada tahap 5.25%. Minggu lalu, Fed memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas lagi walaupun berdepan risiko krisis perbankan. Dalam Sidang Akhbar Fed, kenyataan yang diberikan oleh pengerusi Fed adalah kabur, di mana beliau tidak memberi isyarat jika Fed akan mula menghentikan pelan kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang. Oleh itu, para pelabur memberi perhatian kepada data CPI yang telah lama ditunggu-tunggu kerana bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan akan menyokong scenario untuk Fed mengekalkan kadar faedahnya pada paras semasa, tetapi keputusan yang lebih kukuh daripada jangkaan akan mengukuhkan jangkaan bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah pada paras yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, para pelabur juga memerhatikan perbincangan antara Presiden Joe Biden dan ahli Kongres. Menurut Reuters, Presiden AS Joe Biden, Republikan dan Demokrat tertinggi akhirnya akan bertemu lewat hari ini, bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan antara dua pihak atas siling hutang AS $31.4 trilion dan mengelakkan kemungkiran berlaku menjelang akhir Mei. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.17% ke 101.40.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.97% ke $72.80 setong sementara pelabur sedang menunggu data perdagangan daripada pengimport minyak terbesar, China. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $2022.25 setiap troy auns menjelang data inflasi hari Rabu.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 100.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.15, 104.95
Tahap sokongan: 100.65, 99.40
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan sebelumnya di 1.2645. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintang tersebut.
Tahap rintangan: 1.2645, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2525, 1.2405
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1050, 1.1120
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0915
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 135.20, 136.30
Tahap sokongan: 133.05, 130.70
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6675 0.6565
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6455.
Tahap rintangan: 0.6455, 0.6515
Tahap sokongan: 0.6290, 0.6150
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3395. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3330.
Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.8865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9000.
Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075
Tahap sokongan: 0.8865, 0.8780
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 70.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.
Tahap rintangan: 73.90, 77.15
Tahap sokongan: 70.15, 66.50
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 2025.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 2025.50, 2051.90
Tahap sokongan: 2000.00, 1972.80