9 June 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS jatuh susulan dengan pelonggaran penguncian negara.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berayun dekat tahap terendah baru-baru ini kerana keyakinan pasaran terhadap aset yang berisiko melonjak setelah kebanyakkan negara mulai melonggar penguncian. Di tengah penyebaran virus yang cepat dalam beberapa bulan lalu, kerajaan di seluruh dunia memilih untuk menerapkan sekatan penguncian secara agresif untuk memerangi penyebaran virus. Sementara membatasi penularan virus, langkah-langkah penguncian telah memukul ekonomi global dengan ketara, ekonomi jatuh ke tahap kemelesetan ketika aktiviti ekonomi dihentikan sepenuhnya dalam tempoh ini. Walaupun demikian, semakin banyak negara telah mulai mengubah langkah penguncian mereka yang dimana membenarkan perniagaan kembali ke rutin operasi yang biasa setelah wabak itu menunjukkan beberapa tanda menyusut. Walau bagaimanapun, latar belakang data pekerjaan yang optimis masih menyokong indeks dolar, sementara peserta pasaran masih mengawasi acara yang akan datang seperti Fed Meeting. Semasa penulisan, indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.24% ke 96.70.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.86% ke $38.50 setong kerana pasaran komoditi hitam ini tetap bersinar setelah OPEC dan ahli sekutunya bersetuju untuk melanjutkan pelan memotong pengeluarannya hingga akhir bulan Julai. Selain itu, tanda pelonggaran virus juga telah meningkatkan daya tarikan produk minyak karena harapan para pelabur terhadap pemulihan permintaan meningkat. Selain itu, harga emas jatuh 0.02% ke $1698.70 setroy auns susulan dengan kelemahan pasaran mata wang dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Apr) | 6.191M | 5.375M | – |
| 04:30
(10hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -0.500M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish ynag berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 95.95.
Tahap rintangan: 96.85, 97.60
Tahap sokongan: 95.95, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2750. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2880
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2495

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1270. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1345.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1270, 1.1190

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran tahap rintangan di 109.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 108.20.
Tahap rintangan: 109.40, 111.35
Tahap sokongan: 108.20, 107.20

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tesebut.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7205
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6655

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6540. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6490

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3380. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3670, 1.3855
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.9575, 0.9650
Tahap sokongan: 0.9535, 0.9505

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 38.00. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 41.05, 43.60
Tahap sokongan: 38.00, 34.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan 20 MA (Merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1709.45, 1727.45
Tahap sokongan: 1695.15, 1683.50