83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 September 2021                          Analisis Sesi Petang

 

Dolar Kanada jatuh susulan BoC yang dovish.

Dolar Kanada yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh berikutan dengan keputusan kadar faedah baru-baru ini dari bank pusat Kanada. Bank pusat Kanada telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25%. Pada masa yang sama, program pelonggaran kuantitatif juga dikekalkan pada C$ 2 juta setiap minggu. Walaupun semua adalah sejajar dengan ramalan pasaran, bank pusat Kanada telah meluahkan kebimbangan terhadap ekonomi di tengah-tengah gelombang keempat koronavirus. Bank pusat menyatakan bahawa pemulihan ekonomi global masih berterusan melalui Q2, terutama didorong oleh pertumbuhan AS yang kuat dan membawa momentum yang kukuh ke Q3. Tetapi, gangguan rantaian bekalan telah mengehadkan aktiviti di beberapa sektor, dan wabak COVID-19 di beberapa wilayah mengancam untuk menjejaskan pemulihan global. Walaupun inflasi CPI tetap di atas 3% seperti yang dijangkakan, tetapi BoC menjangkakan kenaikan harga tersebut akan sementara waktu sahaja, oleh itu ia akan dipantau dengan tegas. Pada masa penulisan, USD/CAD meningkat sebanyak 0.07% kepada 1.2691.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.02% kepada $69.35 setong pada masa penulisan berikutan dengan sokongan dari pengeluaran AS yang rendah. Pengeluaran A.S. masih bergelut untuk memulih dari Taufan Ida di mana sekitar 77% daripada pengeluaran Teluk A.S. atau kira-kira 1.4 juta tong sehari kekal terputus pada hari Selasa. Pasaran telah kehilangan sekitar 17.5 juta tong minyak setakat ini. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.04% kepada $1788.46 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar.

 

Masa                   Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                   Pasaran               Acara

19:45                    EUR                     ECB Monetary Policy Statement

20:30                    EUR                     ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Aug) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 340K 335K
23:00 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -7.169M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 92.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 92.05.

 

Tahap rintangan: 92.70, 93.10

Tahap sokongan: 92.05, 91.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3765. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3885, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3765, 1.3600

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1770.

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.185

Tahap sokongan: 1.1770, 1.1705

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 110.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 109.60.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.75

Tahap sokongan: 109.60, 109.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485

Tahap sokongan: 0.7330, 0.7250

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7075, 0.6990

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2770.

 

Tahap rintangan: 1.2770, 1.2870

Tahap sokongan: 1.2685, 1.2585

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9245, 0.9310

Tahap sokongan: 0.9200, 0.9100

 

 CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 68.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 70.55.

 

Tahap rintangan: 70.55, 74.30

Tahap sokongan: 68.05, 65.35

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1792.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1760.35.

 

Tahap rintangan: 1792.35, 1831.85

Tahap sokongan: 1760.35, 1725.50