9 September 2022 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak berikutan kenaikan kadar faedah.
Arah aliran keseluruhan untuk pasangan EUR/USD telah didagangkan lebih rendah semalam di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS berikutan Presiden Fed Jerome Powell memberikan kenyataan yang bernada hawkish. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh Euro masih dihadkan oleh dasar monetari agresif yang diumumkan semalam. Menurut kepada penyataan dasar monetari terkini, Bank Pusat Eropah telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 75 mata asas yang belum pernah berlaku sebelum ini pada Khamis untuk memerangi kadar inflasi yang melonjak, walaupun risiko kemelesetan global masih berterusan dalam pasaran kewangan. ECB menaikkan kadar depositnya kepada 0.75% daripada 0% dan menaikkan kadar pembiayaan semula kepada 1.25%, tertinggi sejak 2011. Dalam sidang akhbar ECB, pengerusi ECB Christine Lagarde mendedahkan bahawa laluan pengetatan akan kekal tidak berubah, di mana lebih banyak kenaikan kadar boleh dijangkakan dalam jangka masa terdekat untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas. Bagaimanapun, beliau turut memberi amaran bahawa ekonomi EU masih terperangkap dalam risiko krisis tenaga kerana tenaga yang tidak mencukupi akan membawa kepada kelembapan ekonomi. Semasa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD meningkat 0.78% ke 10070.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 1.34% ke $83.88 setong kerana pengukuhan indeks dolar membawa kepada harga yang lebih murah untuk pembeli minyak bukan AS, di mana jumlah pembelian melonjak semalam. Selain itu, harga emas naik sebanyak 0.62% ke $1719.15 setiap troy auns berikutan kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | CAD – Employment Change (Aug) | -30.6K | 15.0K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 109.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 108.50.
Tahap rintangan: 109.65, 111.20
Tahap sokongan: 108.50, 107.85
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1455. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1620.
Tahap rintangan: 1.1620, 1.1775
Tahap sokongan: 1.1465, 1.1350
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0075. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0075, 1.0155
Tahap sokongan: 1.0000, 0.9910
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 144.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 141.50.
Tahap rintangan: 144.15, 146.50
Tahap sokongan: 141.50, 139.25
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6860.
Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6050. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6140.
Tahap rintangan: 0.6140, 0.6245
Tahap sokongan: 0.6050, 0.5925
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3050. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2985
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9825
Tahap sokongan: 0.9675, 0.9590
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 83.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 83.50, 86.15
Tahap sokongan: 80.60, 78.20
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1707.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1729.25.
Tahap rintangan: 1729.25, 1770.05
Tahap sokongan: 1707.90, 1678.80