09 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun melonjak pada prospek positif terhadap perjanjian pasca-Brexit.
Paun Sterling telah melonjak pada hari Khamis yang lalu susulan dengan prospek positif terhadap perjanjian perdagangan pasca-Brexit di antara Eropah dan UK, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi Uk dan Eropah pada masa yang akan datang sambil mencetuskan permintaan terhadap Paun Sterling. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Majlis Eropah, Charles telah mencapai konsensus mengenai beberapa syarat dalam perjanjian Brexit pada hari Rabu, walaupun perbezaan yang ketara masih ada. Pada masa kini, sebanyak 27 pemimpin negara Eropah akan membincangkan kemajuan berkaitan dengan isu Brexit ketika mereka bertemu di Brussels pada 15hb dan 16hb Oktober. Sekiranya kedua-dua pihak memutuskan bahawa kemajuan terhadap perjanjian Brexit adalah baik, mereka akan mengizinkan perjanjian akhir perdagangan. Dalam segi wabak koronavirus, pemerintah Britain sedang mempertimbangkan tambahan dasar-dasar “lock-down” untuk beberapa bahagian di utara UK selepas gelombang jangkitan kedua terus meningkat dengan mendadak. Walau bagaimanapun, Gabenor Bank Pusat UK menegaskan bahawa impak untuk gelombang kedua koronavirus di Uk akan lebih kurang berbanding dengan gelombang pertama. Tambahan pula, beliau juga mengulangi bahawa Bank Pusat Uk telah bersedia untuk menggunakan dasarnya untuk memerangi kesan negatif yang akibat daripada wabak koronavirus. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2935.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.02% ke $41.45 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan penyataan yang optimisme terhadap permintaan minyak mentah daripada OPEC. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Jeneral Mohamamd Barkindo menegaskan bahawa OPEC akan terus memanipulasi pasaran minyak mentah sambil mengulangi bahawa yang terburuk bagi industri minyak mentah sudah berakhir. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.08% ke $1895.10 se troy semasa penulisan selepas data pekerjaan yang negatif telah dibebaskan dari rantau Amerika Syarikat semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (MoM) | 6.6% | – | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | 6.3% | 3.0% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Sep) | 245.8K | 275.0K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.60, 95.95
Tahap sokongan: 93.45, 92.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2890. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2985.
Tahap rintangan: 1.2985, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2810

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1765. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1810
Tahap sokongan: 1.1725, 1.1675

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 106.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 106.15, 106.65
Tahap sokongan: 105.70, 105.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7160. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7210.
Tahap rintangan: 0.7210, 0.7255
Tahap sokongan: 0.7160, 0.7100

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6575. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6650, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6575, 0.6515

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3190. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3245, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9145. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9275, 0.9385
Tahap sokongan: 0.9145, 0.9060

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 41.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 41.50, 43.05
Tahap sokongan: 40.55, 39.25

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1898.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1898.00, 1915.65
Tahap sokongan: 1876,69, 1864.25