83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

09 November 2020                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS menurun susulan dengan kemenangan Joe Biden.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama gagal memulih dari kerugian sebelumnya sebaliknya melanjutkan aliran menurunnya setelah Joe Biden daripada Parti Demokratik mengalahkan Donald Trump dalam pilihan raya AS dan menjadi Presiden AS ke-46. Semalam, Joe Biden mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden AS setelah Associated Press, CNN dan NBC masing-masing melaporkan bahawa beliau telah mendapat undian yang lebih tinggi di negeri-negeri yang penting termasuk Pennsylvania dan Nevada. Ini bermaksud beliau telah memperolehi lebih dari 270 undi ‘kolej elektoral’ yang diperlukan untuk mendapatkan jawatan presiden. Pada masa yang sama, Senator California Kamala Harris telah menjadi naib presiden wanita India-Amerika pertama yang bakal membantu Biden dalam menangani urusan Rumah Putih. Walaupun demikian, Joe Biden masih belum menjadi presiden secara rasmi sehingga 538 kolej elektoral mengikuti protokol secara formal menjalani proses pemilihan presiden pada 14 Disember. Selain itu, Donald Trump juga telah membuat rayuan terhadap keputusan akhir pilihan raya presiden sambil mempersoalkan integriti undi yang tidak hadir dan undi yang mengunakan cara kirim di beberapa negeri. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun 0.31% ke 92.25.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.15% ke $37.30 setong kerana perlonjakan kes-kes Covid-19 baru-baru ini di Zon Eropah telah menjejaskan pandangan pasaran terhadap permintaan komoditi hitam ini. Harga minyak terus tertekan oleh ketidakpastian wabak yang mendorong banyak negara melaksanakan semula sekatan penguncian negara. Selain itu, harga emas naik 0.23% ke $1955.50 setroy auns di tengah penurunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:25                  EUR                    ECB President Lagarde Speaks

18:35                  GBP                    BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar index telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 92.40.

 

Tahap rintangan: 92.40, 92.65

Tahap sokongan: 92.10, 91.75

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3230

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3110

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1895. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.1895.

 

Tahap rintangan: 1.1895, 1.1925

Tahap sokongan: 1.1845, 1.1805

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 103.35, 103.65

Tahap sokongan: 102.80, 102.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7265. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6785. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6835.

 

Tahap rintangan: 0.6835, 0.6870

Tahap sokongan: 0.6785, 0.6725

 


 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3035.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3240

Tahap sokongan: 1.3035, 1.2960

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8980.

 

Tahap rintangan: 0.9005, 0.9035

Tahap sokongan: 0.8980, 0.8930

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 37.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 37.55.

 

Tahap rintangan: 37.55, 38.45

Tahap sokongan: 37.05, 36.65

 

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas iam melantun dari tahap sokongan di 1936.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1961.85.

 

Tahap rintangan: 1961.85, 1973.30

Tahap sokongan: 1936.50, 1917.10