09 November 2020 Analisis Sesi Petang
Paun meningkat susulan dengan Biden, namin Brexit mungkin menghadkan kenaikan.
Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan keuntungannya semasa sesi lewat Asia, namun kebuntuan yang berterusan dalam perbincangan Brexit boleh mengehadkan keuntungannya. Setelah pilihan raya A.S. memberikan kemenangan Biden, dolar telah melemah dan juga membantu dalam meningkatkan paun sterling pada masa yang sama kerana presiden Biden dijangka akan membawa politik yang lebih tenang. Namun, isu Brexit yang sedang berterusan juga kekal membebani pasaran yang boleh menurunkan keyakinan pasaran terhadap paun. Berdasarkan dengan panggilan antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen, sedikit kemajuan telah dicapai dan Boris Johnson menyatakan bahawa masih terdapat perbezaan yang signifikan di beberapa bidang seperti daya saing perdagangan yang adil dan perikanan. Dengan tarikh akhir Brexit semakin dekat, para pelabur sekarang akan mengalihkan perhatian mereka ke arah perkembangan yang berterusan dalam rundingan di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk kekal berhubungan dekat dalam beberapa hari yang akan datang. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.19% kepada 1.3179.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah mendapat = semula momentum dan meningkat sebanyak 2.04% kepada $ 38.17 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek terhadap presiden Biden. Harga minyak mentah telah pulih setelah Joe Biden telah memenangi jawatan presiden A.S. dan meningkatkan selera risiko serta mengimbangi kebimbangan mengenai kesan terhadap permintaan bahan bakar dari wabak koronavirus yang semakin teruk. Kemenangan Biden boleh mendorong rangsangan yang lebih besar yang dapat membantu menyokong ekonomi dan meningkatkan penggunaan bahan bakar. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.26% kepada $ 1955.59 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah penurunan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:25 EUR ECB President Lagarde Speaks
18:35 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 92.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap 92.45.
Tahap rintangan: 92.45, 93.00
Tahap sokongan: 91.75, 91.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3160 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan in untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah kembali ke bawah tahap 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3470
Tahap sokongan: 1.3160, 1.3060

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 1.1875. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah kembali ke arah tahap 1.1875.
Tahap rintangan: 1.1995, 1.2125
Tahap sokongan: 1.1875, 1.1760

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 103.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 104.25.
Tahap rintangan: 104.25, 105.10
Tahap sokongan: 103.45, 102.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7200. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.7200.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6835. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6835, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6595

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2995. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3105.
Tahap rintangan: 1.3105, 1.3240
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2890

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.8990. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9085.
Tahap rintangan: 0.9085, 0.9185
Tahap sokongan: 0.9000, 0.8900

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 39.25.
Tahap rintangan: 39.25, 41.55
Tahap sokongan: 36.55, 34.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1960.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1919.00.
Tahap rintangan: 1960.00, 1993.25
Tahap sokongan: 1919.00, 1879.05