83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 December 2021                              Analisis Sesi Petang

 

Loonie jatuh di tengah-tengah nada dovish daripada BoC.

Loonie Kanada yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh selepas bank pusat Kanada (BoC) mengumumkan keputusan yang terbaru mengenai dasar kewangan. Bank pusat Kanada telah mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah pada 0.25% seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Namun, di dalam kenyataannya, bank pusat menyatakan bahawa ia menjangkakan inflasi CPI akan kekal tinggi pada separuh pertama pada 2022 tetapi menjangka ia akan menjadi sederhana menjelang separuh kedua ke arah 2%. Selain itu, BoC juga mengulas bahawa ekonomi Kanada akan terus memerlukan sokongan dasar kewangan dan mereka komited untuk mengekalkan kadar sehingga impak ekonomi diserap. Kenyataan tersebut mencadangkan bahawa BoC berkemungkinan akan mengekalkan dasar kewangan yang longgar dalam tempoh yang lebih lama, justerunya ia mengurangkan daya tarikan untuk mata wang Loonie. Pada masa penulisan, USD/CAD meningkat sebanyak 0.03$ kepada $1.2655.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.73% kepada $73.24 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan yang berkurangan terhadap Omicron. Mengikuti perkembangan terkini, BioNTech dan Pfizer melaporkan bahawa tiga suntikan vaksin COVID-19 mereka boleh melindungi individu daripada jangkitan daripada varian Omicron dan dos ketiga juga menunjukkan isyarat yang baik dalam perlindungan yang lebih tinggi terhadap varian baharu. Sebaliknya, harga emas jatuh sebanyak 0.03% kepada $1783.05 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Initial Jobless Claims 222K 228K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 96.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.50.

 

Tahap rintangan: 96.10, 96.80

Tahap sokongan: 95.50, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3210. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3055.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3055, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3455. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 112.75.

 

Tahap rintangan: 113.80, 114.60

Tahap sokongan: 112.75, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7190. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7260

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6815. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengunduran ke arah tahap sokongan 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2735, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2500

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9250. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.9170.

 

Tahap rintangan: 0.9250, 0.9320

Tahap sokongan: 0.9170, 0.9105

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 71.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 75.25.

 

Tahap rintangan: 75.25, 79.10

Tahap sokongan: 71.60, 69.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1781.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50

Tahap sokongan: 1781.35, 1748.55