10 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Indeks dolar melonjak berikutan dengan NFP data yang positif
Indeks dolar telah mencatat keuntungannya pada Jumaat yang lalu selepas data pekerjaan yang positif dari rantau Amerika Syarikat dibebaskan. Menurut daripada Bureau of Labor Statistics, Data A.S. Nonfarm Payroll telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 147K ke bacaan sebanyak 225K, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis sebanyak 160K, yang selanjutnya menunjukkan pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat masih kekal stabil sambil mengurangkan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, indeks dolar telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan kekurangan selera risiko dalam pasaran FX berlatarbelakang kebimbangan terhadap koronavirus. Menurut daripada Reuters, wabak koronavirus setakat ini telah membunuh sebanyak 811 orang pada hari Ahad yang lalu, yang lebih tinggi daripada bilangan yang terbunuh di seluruh dunia oleh wabak SARS. Selain itu, banyak tempat kerja akan tetap ditutup dan ramai pekerja dari China akan bekerja dari rumah. Para pelabur menjangkakan wabak korona virus tersebut akan memusnahkan perkembangan ekonomi dunia, yang mendorong mereka untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Namun, indeks dolar telah mengehadkan keuntungannya selepas data yang suram dari A.S. dibebaskan. A.S Kadar pengangguran telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 3.5% ke bacaan sebanyak 3.6%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 3.5. sambil mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.02% ke 98.53.
Bagi pasaran komoditi, minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.37% ke $49.63 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan para pelabur kekal khuatir bahawa wabak korona virus tersebut akan mengurangkan permintaan ke atas komoditi tersebut pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.41% ke $1576.89 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.55, 99.00
Tahap sokongan: 98.20, 97.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.2990
Tahap sokongan: 1.2815, 1.2735

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0935. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0970, 1.1010
Tahap sokongan: 1.0935, 1.0890

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 109.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.20, 110.65
Tahap sokongan: 109.60, 109.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6665. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6760
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6630

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6435. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangak pendek.
Tahap rintangan: 0.6435, 0.6535
Tahap sokongan: 0.6345, 0.6280

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.3330. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9750.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9810
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9715

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 49.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 50.65, 51.40
Tahap sokongan: 49.65, 48.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1575.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1575.30, 1579.45
Tahap sokongan: 1571.20, 1564.30