10 Mac 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun meningkat susulan dengan jangkaan untuk dasar fiskal pelonggaran.
Paun Sterling telah melanjutkan keuntungannya pada hari semalam susulan dengan jangkaan terhadap kerajaan UK akan melaksanakan dasar fiskal pelonggaran yang baru semasa mesyuarat bajet UK yang akan datang untuk mengurangkan pemusnahan yang didorong oleh koronavirus sambil memberangsangkan pertumbuhan ekonomi di UK. Menurut kepada Reuters, Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak, akan mengumumkan bajet UK pada hari Rabu dan rancangan rangsangan fiskal dijangka oleh ramai para pelabur. Dasar fiskal pelonggaran bermakna kerajaan UK mungkin akan mengurangkan cukai sambil meningkatkan perbelanjaan kerajaan di UK bagi meminimumkan kos kemelesetan ekonomi di UK. Dasar-dasar tersebut boleh meningkatkan perbelanjaan pengguna di rantau UK sambil mencetuskan beberapa permintaan ke atas Paun Sterling. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan para pelabur khuatir bahawa Bank Pusat UK akan mengurangkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas bagi mengimbangi kos koronavirus. Namun, pada masa kini para pelabur masih perlu memberi pemantauan terhadap perkembangan mengenai perjanjian perdagangan di antara UK dan Eropah dan juga ekonomi data dari rantau UK untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan para pelabur menjangkakan Bank Pusat AS akan mengurangkan kadar faedahnya dalam jangka pendek untuk mengurangkan kesan-kesan negatif yang akibat daripada wabak koronavirus. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.33% ke 1.3085 manakala indeks dolar telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.92% ke 95.01.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 5.95% ke $31.95 se tong susulan dengan pembetulan teknikal bagi jangka pendek. Namun, pasaran minyak mentah mengalami penurunan satu hari terbesar dalam hampir 30 tahun di tengah-tengah perang harga minyak mentah di antara Arab Saudi dan Rusia. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.67% ke $1668.95. Namun, harga emas telah didagang dengan lebih tinggi semalam susulan dengan kenaikan ketegangan geopolitik di antara Saudi dan Rusia dan kebimbangan terhadap wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1:Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 94.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 95.45.
Tahap rintangan: 95.45, 95.95
Tahap sokongan: 94.85, 94.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3055. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3055, 1.2950

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1415. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1415, 1.1555
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1020

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 102.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 103.60.
Tahap rintangan: 103.60, 104.85
Tahap sokongan: 102.30, 100.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6655. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6655, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6285

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6340. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6340, 0.6385
Tahap sokongan: 0.6280, 0.6210

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3660. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3660, 1.3765
Tahap sokongan: 1.3515, 1.3330

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9250. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9345.
Tahap rintangan: 0.9345, 0.9425
Tahap sokongan: 0.9250, 0.9170

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 32.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 32.95, 35.65
Tahap sokongan: 30.15, 27.70

GOLD_, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1662..90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1678.95, 1690.05
Tahap sokongan: 1662.90, 1650.25