10 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak, harga komoditi menurun daripada paras tertinggi baru-baru ini.
Euro telah melantun dari tahap rendah baru-baru ini, manakala harga komoditi seperti minyak mentah telah berundur dari tahap tinggi. Harga minyak mencatat kerugiannya pada Khamis selepas Emiriah Arab Bersatu berkata ia komited kepada pakatan pengeluar utama untuk menambah 400,000 tong sehari bekalan setiap bulan. Perkembangan ekonomi di negara Eropah mungkin akan diperbaiki daripada peningkatan bekalan minyak mentah susulan dengan ia akan mencetuskan momentum bearish ke atas harga minyak dan mengurangkan kos import daripada komoditi terebut. Sebaliknya, Bank Pusat Eropah akan membuat beberapa komitmen dasar pada hari Khamis untuk mengimbangi kesan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sambil memerangi kadar inflasi. Sementara kini, para pelabur harus memfokuskan perkembangan mengenai pengumuman Bank Pusat Eropah pada malam ini untuk menjangkakan pergerakan ke atas Euro. Semasa penulisan, Euro menyusut sebanyak 0.18% ke 1.1054.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.49% ke $109.13 setong semasa penulisan berikutan UAE komited untuk menambah 400,000 tong minyak sehari bekalan. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.72% ke $1976.88 se troy auns di tengah-tengah peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran telah mengurangkan daya tarikan ke atas emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EUR Leader Summit
20:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Mar)
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Feb) | 0.60% | 0.50% | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 216K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 98.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.95, 100.40
Tahap sokongan: 97.30, 95.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3190. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3095, 1.2985
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0975, 1.0820
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 116.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 116.25, 117.50
Tahap sokongan: 114.60, 113.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7525
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7180
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6895. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6715.
Tahap rintangan: 0.6895, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2885, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2785, 1.2705
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan terdahulu 0.9280. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 116.80, 127.05
Tahap sokongan: 107.45, 99.45
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1975.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1996.85, 2016.70
Tahap sokongan: 1975.00, 1959.60