10 April 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam susulan dengan pelan rangsangan yang baru.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menurun selepas Federal Reserve melancarkan kemudahan pinjaman baru sebagai rangsangan kepada ekonomi yang dimana akan menaikkan jumlah program sehingga $ 2.3 trilion. Langkah tambahan telah dibebaskan oleh Federal Reserve selepas data Initial Jobless Claim AS memberikan bacaan yang mengecewakan di mana bacaan sebenarnya adalah di 6,606 K, manakala ramalan pakar ekonomi ialah 5,250K, mencerminkan kerosakan penuh pandemik terhadap pasaran buruh AS. Secara terperinci, program pinjaman baru ini adalah untuk membantu rumah tangga dan perniagaan tempatan untuk menghadapi pandemik coronavirus. Sejak meletusnya coronavirus, kerajaan AS dan bank pusatnya telah melaksanakan pelbagai jenis pelan rangsangan untuk menyokong ekonomi, sementara mengehadkan kesan negatif coronavirus. Bagaimanapun, kemerosotan ketara dalam keadaan ekonomi AS telah semakin jelas, menunjukkan bahawa badan ekonomi terbesar di dunia juga terdedah kepada virus ini. Walau bagaimanapun, Federal Reserve mendedahkan bahawa mereka tetap akan menggunakan segala alat yang diperlukan untuk menghadapi virus itu. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.56% ke 99.55.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.02 % ke $23.10 setong susulan dengan OPEC+ gagal mencapai kesepakatan dalam mesyuarat malam tadi. Pengeluar minyak utama di dunia, Arab Saudi dan Rusia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka dengan 10M tong sehari di bulan Mei dan Jun, bertindak sebagai langkah yang penting untuk menberhentikan perang minyak sambil menstabilkan pasaran minyak. Namun, pemotongan minyak pengeluaran kali ini tidak dapat dilaksanakan seleaps Mexico tidak bersetuju terhadap pelan pemotongan tersebut. Oleh itu, para pelabur akan terus memberikan tumpuan kepada mesyuarat OPEC hari ini untuk meneliti arah harga minyak mentah. Selain itu, harga emas naik 0.05% ke $1683.15 setroy auns susulan dengan program pemberian pinjaman baru Federal Reserve telah menurunkan daya tarikan greenback.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Good Friday
All Day EUR Good Friday
All Day CHF Good Friday
All Day GBP Good Friday
All Day CAD Good Friday
All Day NZD Good Friday
All Day AUD Good Friday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM)(Mar) | 0.2% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 99.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 98.30.
Tahap rintangan: 99.80, 101.20
Tahap sokongan: 98.30, 97.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2470. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2470, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2340, 1.2215

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0940. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 108.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 108.55.
Tahap rintangan: 109.25, 110.10
Tahap sokongan: 108.55, 107.50

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumyan di 0.6180. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6460.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6180, 0.5975

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6055. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6115.
Tahap rintangan: 0.6115, 0.6205
Tahap sokongan: 0.6055, 0.5995

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3980. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 1.4105,1.4240
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3805

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9685.
Tahap rintangan: 0.9685, 0.9745
Tahap sokongan: 0.9650, 0.9570

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 23.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 21.80.
Tahap rintangan: 23.90, 25.90
Tahap sokongan: 21.80, 20.10

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas lantunan berlaku pada tahap sokongan di 1678.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1700.15, 1732.30
Tahap sokongan: 1678.10, 1658.80