10 May 2022 Analisis Sesi Petang
Aussie telah menurun susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Dolar Australia telah menyusut dengan ketara di tengah-tengah kekurangan sentimen selera risiko berikutan pasaran ekuiti global menurun ke paras terendah dalam hampir dua tahun pada hari Selasa. Jangkaan kenaikan kadar daripada bank pusat global serta risiko stagflasi terus berlegar dalam pasaran kewangan. Persekitaran ekonomi stagflasi akan mencetuskan risiko inflasi yang tinggi, pengangguran yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lemah di seluruh dunia. Walaupun bank pusat global berusaha untuk mengetatkan dasar monetari dengan agresif untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi, walaupun gangguan bekalan semasa akibat daripada dasar “lockdown” dari China telah menimbulkan kebimbangan selanjutnya kepada para pelabur. Pertumbuhan eksport China menurun kepada satu digit, yang paling lemah dalam hampir dua tahun apabila China melaksanakan sekatan Covid-19 yang lebih ketat dan menghentikan pengeluaran kilang, menambah tekanan lanjut ke atas mata wang proksi China seperti Dolar Australia. Sehingga berita ini ditulis, AUD/USD telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke 0.6955.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 1.08% ke $101.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah menurun dengan ketara di tengah-tengah prospek ekonomi yang negatif terus membebankan daya tarikan untuk komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.34% ke $1860.20 se troy auns setakat penulisan di tengah-tengah penurunan selera risiko dalam pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
17:00 | German ZEW Economic Sentiment (May) | -41.0 | -42.5 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 103.60, 105.95
Tahap sokongan: 100.85, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2430, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2245, 1.2010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.0635, 1.0775
Tahap sokongan: 1.0485, 1.0315
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 131.05, 132.65
Tahap sokongan: 128.95, 127.15
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7260
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6510
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6400, 0.6550
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6135
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3020, 1.3185
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2760
USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9930, 1.0020
Tahap sokongan: 0.9850, 0.9715
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.20, 108.20
Tahap sokongan: 100.40, 95.60
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1870.85, 1888.25
Tahap sokongan: 1850.60, 1828.45