83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Mei 2023                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS berundur kerana perbincangan siling hutang tidak mempunyai kemajuan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah pertelingkahan antara dua parti politik utama dalam isu meningkatkan siling hutang walaupun risiko mungkir muncul. Menurut Reuters, Presiden Joe Biden dan penggubal undang-undang Kongres mengadakan mesyuarat awal pagi hari ini, yang bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan menaikkan had hutang $31.4 trilion untuk mengelakkan kerajaan AS daripada memungkiri sebarang hutang. Bagaimanapun, tidak ada kemajuan dalam perbincangan antara dua pihak, kerana tiada satu pun daripada mereka menunjukkan sikap lembut. Speaker Dewan Perwakilan Kevin McCarthy menyebut bahawa perbincangan tidak membawa kemajuan, sambil mengadu bahawa “Biden tidak bersetuju untuk berbincang sehingga masa kesuntukan”. Kegagalan menaikkan siling hutang meletakkan ekonomi AS di ambang kehancuran, di mana risiko mungkir hutang semakin meningkat. Oleh itu, indeks dolar menerima sedikit momentum menurun, menekan nilai mata wang berhampiran tahap rendah baru-baru ini. Namun begitu, perlu diberi perhatian bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu semula pada hari Jumaat untuk perbincangan lanjut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.27% ke 101.65.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.18% ke $73.55 setong kerana laporan Tinjauan Tenaga Jangka Pendek EIA menunjukkan permintaan bermusim yang lebih tinggi dan pengeluaran yang lebih rendah daripada jangkaan pada masa yang akan datang. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.94% ke $2036.40 setiap troy auns kerana kerajaan AS gagal menaikkan siling hutangnya berikutan perbincangan tiada kemajuan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (MoM) (Apr) 0.8% 0.4%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Apr) 0.4% 0.4%
20:30 USD – CPI (YoY) (Apr) 5.0% 5.0%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.280M -1.100M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 100.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.15.

 

Tahap rintangan: 103.15, 104.95

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan sebelumnya di 1.2645. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintang tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2645, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2525, 1.2405

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0915.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1050

Tahap sokongan: 1.0915, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6455.

 

Tahap rintangan: 0.6455, 0.6515

Tahap sokongan: 0.6290, 0.6150

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3395. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.8865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9000.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075

Tahap sokongan: 0.8865, 0.8780

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 70.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 2025.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2025.50, 2051.90

Tahap sokongan: 2000.00, 1972.80