10 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Euro menjunam selepas keputusan kadar faedah ECB.
Euro, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global menjunam walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan bahawa mereka akan memulakan kitaran kenaikan kadarnya pada mesyuarat dasar pada bulan Julai. Semalam, majlis pentadbir ECB mengekalkan operasi pembiayaan semula utama, kemudahan pinjaman marginal dan kemudahan deposit seperti yang dijangkakan secara meluas, iaitu masing-masing 0.00%, 0.25% dan -0.50%. Selain itu, ECB juga menghantar mesej kepada pelabur bahawa mereka berhasrat untuk menaikkan kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Julai, dan kenaikan selanjutnya mungkin dapat dilihat pada mesyuarat September, tetapi skala kenaikan mungkin bergantung pada perkembangan ekonomi dan prospek inflasi. Walaupun begitu, mata wang euro masih dijual dengan ketara oleh pelabur kerana ECB telah menurunkan unjuran pertumbuhannya dengan ketara kepada 2.8% untuk tahun 2022 dan 2.1% untuk tahun 2023, manakala ramalan sebelumnya pada mesyuarat Mac ECB adalah 3.7% untuk tahun 2022 dan 2.8% untuk tahun 2023. Perubahan dalam unjuran pertumbuhan menjejaskan sentimen dalam pasaran euro, mengheret euro ke paras terendah dalam tempoh 3 minggu. Semasa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD turun 0.02% ke 1.0610.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.25% ke $121.15 setakat ini selepas beberapa bandar besar di China mengenakan sekatan penutupan baharu, yang membahayakan pemulihan ekonomi China sekali lagi. Selain itu, harga emas turun 0.08% ke $1846.50 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:45 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | CAD – Employment Change (May) | 15.3K | 30.0K | – |
20:30 | USD – Core CPI (MoM)(May) | 0.6% | 0.5% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 102.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.45.
Tahap rintangan: 103.45, 104.00
Tahap sokongan: 102.90, 102.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan seterusnya.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2700
Tahap sokongan: 1.2425, 1.2325
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0640. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0565.
Tahap rintangan: 1.0640, 1.0695
Tahap sokongan: 1.0565, 1.0490
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 133.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan seterusnya.
Tahap rintangan: 134.75, 136.00
Tahap sokongan: 133.15, 131.35
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7120, 0.7035
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6430. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6545, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6430, 0.6365
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2655. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2715.
Tahap rintangan: 1.2715, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2655, 1.2590
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9750. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9665
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras yang berdekatan 123.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang semakin meningkat mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 119.00.
Tahap rintangan: 123.65, 128.20
Tahap sokongan: 119.00, 116.50
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat seperti pemecahan berlaku sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 1850.00, 1871.65
Tahap sokongan: 1830.00, 1809.00