10 Julai 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 10 – 14
Kajian Pasaran (Forex): Julai 3 – 7
Dolar A.S.
Dolar A.S. menokok pada hari Jumaat yang lalu selepas laporan menunjukan bahawa ekonomi A.S. telah menjana pekerjaan dengan lebih pantas bagi minggu lalu dan ia menyokong prospek bagi kenaikan kadar faedah pada akhir tahun nanti. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.21% ke 95.78 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat yang lalu.
Menurut kepada Jabatan Buruh A.S., ekonomi mereka telah menambah sebanyak 222,000 pekerjaan bagi bulan Jun, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis sebanyak 179,000. Selain itu, bacaan bagi bulan April dan Mei telah disemak semula untuk menunjukan tambahan sebanyak 47,000 pekerjaan telah dijana dari bacaan sebelumnya.
Walaubagaimanapun, kadar pengangguran telah meningkat ke 4.4% dari paras rendah 16 tahun di 4.3% oleh kerana transisi individual di dalam pasaran buruh untuk mencari pekerjaan yang baru. Selain itu, pertumbuhan gaji masih di paras yang lemah dan ia hanya meningkat sebanyak 2.5% berbanding dengan ramalan sebanyak 2.6%.
Secara keseluruhannya, peningkatan pada kadar pertumbuhan pekerjaan negara telah menambahkan keseluruhan prospek bagi Bank Pusat A.S. dalam mengikuti pelan mereka untuk meningkatkan kadar faedah menjelang akhir tahun nanti.
US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan
Ekonomi A.S. telah menjana sebanyak 222,000 pekerjaan bagi bulan lalu dan ia menyokong sentimen para pelabur untuk satu lagi kenaikan kadar pada akhir tahun ini.
US Unemployment Rate

—– Ramalan
Kadar pengangguran negara telah meningkat sebanyak 0.1% ke 4.4% bagi bulan lalu, lebih tinggi daripada sebelumnya di paras 16 tahun rendah iaitu 4.3%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY mencecah paras rendah sesi di 113.11 sebelum melantun kembali ke paras 113.90 pada lewat sesi dagangan Amerika Utara.
EUR/USD
Euro didagang dengan lebih lemah selepas ia susut sebanyak 0.21% ke $1.1398.
GBP/USD
Sterling menjunam ke paras rendah seminggu selepas pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.61% ke $1.2890.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 3 – 7
GOLD
Harga emas menjunam pada hari Jumaat yang lalu dan hampir mencecah paras terendah di dalam masa empat bulan berikutan dengan permintaan dolar A.S. yang lebih tinggi selepas laporan pekerjaan memberikan keputusan yang memuaskan. Harganya menjunam sebanyak 0.93% ke $1,211.98, harga penutup yang paling rendah sejak 15hb Mac. Harga emas dan dolar bergerak dengan arah yang bertentangan oleh kerana dolar yang lebih kukuh akan menyebabkan penampilan aset tersebut lebih mahal bagi pelabur yang menggunakan mata wang asing selain daripada dolar. Selain itu, laporan pekerjaan yang lebih optimistik telah meningkatkan sentimen bagi kenaikan kadar faedah pada akhir tahun nanti dan ia telah menambahkan tekanan pada harga aset tersebut.
Crude Oil
Harga minyak mentah menjunam pada hari Jumaat yang lalu sambil mencatat kerugian bagi minggu keenam untuk tujuh minggu yang lepas berikutan dengan kebimbangan akan kelebihan stok global yang masih tidak dapat dikurangkan lagi. Harganya menurun sebanyak $1.29 atau 2.9% pada hari Jumaat yang lalu sambil menutup niaga di $44.23 setong. Menurut kepada pembekal servis Baker Hughes, para penggerudi di A.S. telah menambah sebanyak tujuh pelantar minyak pada minggu berakhir dengan 7hb Julai dan jumlah keseluruhannya kini di paras 763.
Laporan tersebut dilepaskan selepas data kerajaan A.S. menunjukan bahawa pengeluaran minyak domestik telah meningkat sebanyak 88,000 ke 9.34 juta tong pada minggu lalu. Laporan tersebut telah meningkatkan kebimbangan para pelabur di mana peningkatan pada pengeluaran di A.S. bakal menjejaskan usaha para pengeluar yang lain dalam menstabilkan pasaran minyak. Bagi bulan ini, menteri tenaga dari lima negara bakal bertemu di Rusia pada 24hb Julai bagi membincang kemungkinan untuk menyelaraskan semula pelan pemotongan harian.
Terdahulu, OPEC dan beberapa bukan ahli telah melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga ke bulan Mac 2018. Namun, pelan tersebut masih tidak membawa hasil yang ketara pada inventori minyak global oleh kerana beberapa negara yang tidak terbabit seperti Libya, Nigeria dan A.S. masih meningkatkan pengeluaran mereka.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 7 dan jumlah keseluruhan kini di paras 763.
Pandangan Mingguan: Julai 10 – 14
Untuk minggu ini, fokus utama para pelabur adalah testimoni dari Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen mengenai dasar kewangan dan juga data A.S. yang merangkumi kadar inflasi dan jualan runcit. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada laporan pekerjaan dari UK dan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada yang bakal dilepaskan pada hari Rabu.
Bagi pelabur minyak, para pelabur akan memberi fokus kepada laporan bulanan dari Organization of the Petroleum Exporting Countries dan International Energy Agency untuk melihat paras permintaan dan bekalan global.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 10 – 14
| Isnin, Julai 10 |
Data CNY – CPI (YoY) (Jun) CNY – PPI (YoY) (Jun) EUR – German Trade Balance (May)
Acara N/A
|
| Selasa, Julai 11 |
Data AUD – NAB Business Confidence (Jun) CAD – Housing Starts (Jun) USD – JOLTs Job Openings (May)
Acara GBP – BoE MPC Member Broadbent Speaks
|
| Rabu, Julai 12 |
Data Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) GBP – Claimant Count Change (Jun) CAD – BoC Interest Rate Decision Crude Oil – Crude Oil Inventories
Acara Crude Oil – OPEC Monthly Report USD – Fed Chair Yellen Testifies CAD – BoC Monetary Policy Report CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
| Khamis, Julai 13 |
Data CNY – Trade Balance (USD) (Jun) USD – Initial Jobless Claims USD – PPI (MoM) (Jun)
Acara Crude Oil – IEA Monthly Report USD – Fed Chair Yellen Testifies
|
|
Jumaat, Julai 14
|
Data USD – Core CPI (MoM) (Jun) USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) USD – Retail Sales (MoM) (Jun) USD – Industrial Production (MoM) (Jun) USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 10 – 14
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.20. Stochastic Oscillator yang mula membentuk isyarat pengunduran mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan di 95.15.
Tahap rintangan: 96.20, 97.50
Tahap sokongan: 95.15, 94.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-moving average (hijau). Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3045
Tahap sokongan: 1.2830, 1.2710
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meningkat selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran di 114.75.
Tahap rintangan: 114.75, 115.50
Tahap sokongan: 113.90, 112.70
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam lingkungan dagangan diantara 1.1325 dan 1.1445 selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk kekal berayun di dalam lingkungan dagangan tersebut bagi jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan dagangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1540
Tahap sokongan: 1.1325, 1.1210
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah keluar dari paras bawah segi tiga menaik. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan harga emas lebih cenderung untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1200.00
Tahap rintangan: 1217.00, 1232.00
Tahap sokongan: 1200.00, 1180.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari tahap sokongan 43.70 baru-baru ini. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan ke tahap rintangan 45.25.
Tahap rintangan: 45.25, 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 43.70, 42.00