10 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Penyusutan harga minyak, mencetuskan penjualan untuk Loonie.
Dolar Kanada mencatat kerugiannya selepas harga minyak mentah telah mengalami tekanan penjualan yang ketara semalam. Oleh kerana Kanada mempunyai rizab minyak ketiga terbesar di dunia dan merupakan pengeksport minyak keempat terbesar, penyusutan harga minyak mentah akan terus mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Kanada, yang selanjutnya mencetuskan penjualan ke atas Dolar Kanada. Menurut kepada Reuters, terdapat lebih daripada 60,000 jangkitan koronavirus baru telah dilaporkan dari Amerika Syarikat pada hari semalam, jumlah kes tunggal terbesar berbanding dengan mana-mana negara sejak koronavirus tersebut muncul tahun lalu. Sementara itu, kematian A.S. yang akibat daripada virus tersebut telah meningkat lebih dari 900 orang. Justeru itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak telah mendorong beberapa negeri di A.S. untuk mengembalikan langkah-langkah pembukaan ekonomi sambil memberikan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Walau bagaimanapun, Dolar Kanada telah mengehadkan kerugiannya selepas data perumahan yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Kanadian Mortgage and Housing Corporation, Kanada Housing Starts telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 195.5K ke bacaan sebanyak 211.7K, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 198.0K. Semasa penulisan, USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.03% ke 1.3580.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.22% ke $39.55 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah mencatat kerugiannya susulan dengan para pelabur khuatir bahawa peningkatan yang mendadak dalam kes-kes koronavirus akan terus menjejaskan permintaan pasaran ke atas komoditi tersebut, yang selanjutnya memberikan momentum bearish ke atas harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.03% ke $1803.80 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jun) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | 289.6K | 800.0K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.75, 97.20
Tahap sokongan: 96.35, 95.90

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2340, 1.2065

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.90, 108.45
Tahap sokongan: 107.20, 106.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7000. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6940.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7065
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6850

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6585. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9520.
Tahap rintangan: 0.6585, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6520, 0.6465

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3510. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3630.
Tahap rintangan: 1.3630, 1.3730
Tahap sokongan: 1.3510, 1.3430

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9375. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9435.
Tahap rintangan: 0.9435, 0.9470
Tahap sokongan: 0.9375, 0.9320

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 39.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 40.80, 43.20
Tahap sokongan: 39.05, 37.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1817.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1790.70.
Tahap rintangan: 1817.85, 1849.90
Tahap sokongan: 1790.70, 1761.25