10 Julai 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar A.S kekal disokong oleh koronavirus.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal dalam permintaan selepas lonjakan yang berterusan dalam kes koronavirus baru tetap melemahkan prospek pemulihan. Baru-baru ini, lebih daripada 60,000 jangkitan COVID-19 yang baru telah dilaporkan di AS dan ia merupakan kenaikan sehari yang tertinggi oleh mana-mana negara setakat ini. Keadaan pandemik yang semakin buruk di AS pun tidak menggalakkan sesetengah warga A.S. untuk kembali ke ruang awam. Selain itu, ketidakpastian politik juga membantu dalam menyokong dolar susulan dengan Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa seorang pendakwa raya New York dapat memperoleh rekod kewangan Presiden Donald Trump. Oleh kerana Donald Trump menghadapi pertempuran yang sedang berlangsung untuk pemilihan ulang, beliau berjuang dengan gigih untuk menyimpan catatan cukai dan dokumen rahsia kewangannya. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.14% kepada 96.77.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.34% hingga $ 39,30 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam kes koronavirus yang mempengaruhi prospek pemulihan masih menimbang di pasaran. Oleh kerana AS tetap mencapai rekod baru untuk kes satu hari, kemungkinan untuk sekatan mungkin akan kembali dan akan menyebabkan penggunaan bahan bakar merosot sekali lagi. Justerunya, ia menyeret harga komoditi tersebut. Seterusnya, harga emas juga jatuh sebanyak 0.07% kepada $1802.13 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar dan daya tarikannya adalah yang lebih baik sebagai pasaran yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jun) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | 289.6K | 800.0K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap tinggi saluran aliran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 96.90.
Tahap rintangan: 96.90, 97.55
Tahap sokongan: 96.10, 95.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2625. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2525.
Tahap rintangan: 1.2625, 1.2730
Tahap sokongan: 1.2525, 1.2435

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1285. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1285, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1200

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.95.
Tahap rintangan: 107.50, 107.95
Tahap sokongan: 106.95, 106.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6480.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3675.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9380. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9430.
Tahap rintangan: 0.9430, 0.9475
Tahap sokongan: 0.9380, 0.9320

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 39.15. MACD yang menunjukkan isyarat momemtum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 40.10, 41.35
Tahap sokongan: 39.15, 37.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1800.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1813.90, 1823.80
Tahap sokongan: 1800.00, 1786.25