83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Ogos 2020                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat susulan data pekerjaan yang positif.

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah mendapatkan kembali sokongan semasa awal sesi Asia berikutan dengan data pekerjaan A.S. baru-baru ini. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja A.S., data Nonfarm Payrolls telah menambah 1763K pekerjaan pada bulan Julai, lebih banyak daripada jangkaan pasaran sebanyak 1600K. Walaupun keputusannya adalah tidak sekuat berbanding dengan Mei dan Jun, namun tetap lebih tinggi dari yang dijangkakan. Pada masa yang sama, kadar pengangguran juga bertambah baik kepada 10.9% , melebihi jangkaan pasaran sebanyak 11%. Data Average Hourly Earnings juga bertambah baik dengan bacaan sebanyak 0.2% berbanding dengan jangkaan sebanyak -0.5%. Oleh kerana data-data positif yang tidak dijangka tersebut, dolar berjaya mencatat keuntungan. Namun, potensi kenaikan yang lebih lanjut mungkin akan dihadkan oleh gabungan seperti peningkatan jangkitan koronavirus A.S., penurunan dalam keluk hasil perbendaharaan A.S yang berterusan dan kekurangan konsensus di Washington mengenai rangsangan fiskal tambahan. Setakat ini, para pelabur akan mencari isyarat lebih lanjut sebelum memasuki pasaran. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.05% kepada 93.33,

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.19% kepada $ 41.54 semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap permintaan terus menguasai sentimen. Setakat ini, kenaikan jangkitan tetap menjadi isu dominan bagi prospek permintaan bahan bakar. Kes di Amerika Syarikat masih meningkat di beberapa negeri, sementara India baru-baru ini  juga melaporkan peningkatan rekod jangkitan harian. Lebih daripada 700,000 orang telah mati dalam wabak di seluruh dunia. Sebaliknya, harga emas telah turun sebanyak 0.26% kepada $2029,85 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah data pekerjaan AS yang kuat telah mengurangkan daya tarikan untuk komoditi selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22.00 USD – JOLTs Job Openings (Jun) 5.397M


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 92.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 94.00.

 

Tahap rintangan: 94.00, 95.70

Tahap sokongan: 92.45, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1895. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1705.

 

Tahap rintangan: 1.1895, 1.2025

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1575

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 106.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.05, 106.70

Tahap sokongan: 105.25, 104.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7040.

 

Tahap rintangan: 0.7185, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7040, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6600. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6750

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3635

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3195

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9230.

 

Tahap rintangan: 0.9230, 0.9365

Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 41.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 42.45.

 

Tahap rintangan: 42.45, 43.85

Tahap sokongan: 41.00, 39.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 2011.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2075.40, 2179.40

Tahap sokongan: 2011.00, 1970.60