83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 September 2018                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: September 10 – 14

Kajian Pasaran (Forex): September 3 – September 7

Dolar AS

Dolar AS telah mengalami peningkatan di tengah-tengah pembebasan data ekonomi, Non-farm Payrolls yang telah mencipta sentimen positif untuk dolar dan meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dolar AS. Indeks dolar menaik sebanyak 0.33% ke 95.34 semasa penutupan harga pada Jumaat lepas.

 

Ekonomi data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat lalu untuk bulan Ogos mempunyai bacaan sebenar 201K, mengalahkan data ramaln 191K telah mencerminkan pasaran pekerjaan yang sihat di AS. Di samping itu, pertumbuhan gaji negara seperti yang dilaporkan daripada Average Hourly Earnings adalah lebih baik dengan bacaan sebenar 2.9% berbanding dengan bacaan ramalan 2.7%. Pengukuhan dolar telah disokong oleh sentimen positif dari data ekonomi pada hari Jumaat ketika para pelabur menukar kedudukan mereka untuk membeli dolar.

 

Secara keseluruhannya, dolar berjaya mengukuhkan kedudukannya berbanding dengan pesaingnya sementara peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan China di mana AS mempunyai kelebihan dalam meningkatkan keyakinan para pelabur, serta disokong oleh data ekonomi yang kukuh dari NFP dan juga Average Hourly Earnings di negara AS.

 

USD/JPY

Pasangan USDJPY telah meningkat sebanyak 0.25% ke 111.03 semasa sesi dagangan lewat Jumaat.

 

EUR/USD

EURUSD telah menyusut sebanyak 0.59% ke 1.1553 pada sesi minggu lalu Jumaat.

 

GBP/USD

GBPUSD telah susut sebanyak 0.10% ke 1.2916 semasa sesi Jumaat lalu. Mata wang pound sterling telah memperoleh semula kekuatannya sebelum pembebasan data NFP dan kini telah menghadapi kerugian sementara berkemungkinan untuk melanjutkan kerugiannya susulan dengan pertumbuhan kegewatan di Brexit di mana bekas menteri luar negeri Boris Johnson telah mengkritik perjanjian Brexit Perdana Menteri Theresa May sebagai ‘rompi bunuh diri’.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): September 3 – September 7

GOLD

Harga emas menjunam apabila dolar mengukuh di tengah-tengah data ekonomi NFP dan Average Hourly Earnings yang positif pada Jumaat lepas. Logam kining tersebut telah menutup pasaran dengan kejatuhan sebanyak 0.36% ke 1195.86 se troy auns pada minggu lepas.

 

Harga emas mengalami kerugian ketika dolar bermula untuk mendapat momentum bullish akibat sentimen positif di tengah pembebasan data ekonomi NFP yang sejak itu telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dolar.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhannya pada hari Jumaat lalu walaupun pembebasan data Crude Oil Inventories AS yang lebih baik. Harga komoditi ini telah mencecah 0.16% ke 68.17 setong semasa penutupan pasaran pada Jumaat lepas.

 

Menurut laporan EIA mengenai Crude Oil Inventories, data sebenar -4.302M lebih rendah daripada data ramalan -1.294M di mana ia menunjukkan pengurangan bekalan minyak mentah pada mumnya akan meninkatkan harga minyak mentah. Tetapi walaupun pembacaan data yang positif, harga minyak mentah masih menjunam di tengah-tengah kenaikkan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China di mana tarif tambahan akan dikenakan ke atas $200 bilion barangan China. Ini telah memburukkan lagi keyakinan para pelabur terhadap minyak mentah kerana China merupakan salah satu pasaran utama bagi minyak AS, dan ketakutan makin meningkat kerana China berkemungkinan untuk mencari pembekal minyak mentah yang lain ketika perang perdagangan berterus.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah boleh dilihat jatuh pada minggu lepas kerana kekurangan sentimen positif telah mendorong ketakutan para pelabur terhadap komoditi tersebut. Sehingga ketegangan peperangan perdagangan semakin berkurang, komoditi ini berkemungkinan susah untuk mendapatkan semula kekuatannya.

 


 

Pandangan Mingguan: September 10 – 14

Bagi minggu ini, pelabur akan terus memberi tumpuan mereka kepada pembebasan data-data ekonomi terutama dalam UK GDP yang dijadualkan pada minggu ini. Data tersebut yang merupakan salah satu penunjuk bagi tekanan inflasi yang boleh menjangkakan kenaikan kadar faedah. Oleh itu, pelabur akan mengawasi pembebasan data tersebut untuk mendapat isyarat selanjutnya mengenai momentum dolar.

 

Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: September 10 – 14

Isnin, September 10  

Data

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jul)

 

Acara

N/A

 

Selesa, September 11  

Data

GBP – Average Earnings Index + Bonus (Jul)

GBP – Claimant Count Change (Aug)
EUR –
German ZEW Economic Sentiment (Sep)
USD – JOLTs Job Openings (Jul)

 

Acara

N/A

 

Rabu, September 12  

Data

USD – PPI (MoM) (Aug)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

 

Khamis, September 13  

Data

AUD – Employment Change (Aug)

GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep)

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Sep)

USD – Core CPI (MoM) (Aug)

 

Acara

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, September 14

 

 

Data

CNY – Industrial Production (YoY) (Aug)

RUB – Interest Rate Decision (Sep)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug)

USD – Retail Sales (MoM) (Aug)

 

Acara

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: September 10 – 14

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 95.20. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.85.

 

Tahap rintangan: 95.20, 96.60

Tahap sokongan: 93.85, 92.95


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2775. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3045.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3305

Tahap sokongan: 1.2775, 1.2625

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 111.85. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 110.25.

 

Tahap rintangan: 111.85, 113.15

Tahap sokongan: 110.25, 108.30

 

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1530. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecahkan tahap sokongan di 1.1530.

 

Tahap rintangan: 1.1735, 1.1925

Tahap sokongan: 1.1530, 1.1330

 

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1216.85. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1182.30.

 

Tahap rintangan: 1216.85, 1240.60

Tahap sokongan: 1182.30, 1158.80


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 70.15. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 66.20

 

Tahap rintangan: 70.15, 71.70

Tahap sokongan: 66.20, 64.30