10 November 2020 Analisis Sesi Pagi
Mata wang Yen terjun di tengah keputusan vaksin yang positif.
Yen Jepun yang merupakan salah satu mata wang utama di pasaran FX telah ‘dibuang’ dengan ketara oleh para pelabur setelah syarikat Pfizer mengumumkan bahawa percubaan vaksin coronavirus menunjukkan hasil positif dalam mencegah Covid-19. Menurut pernyataan daripada Pfrizer, vaksin yang dihasilkan oleh pembuat ubat Jerman BioNTEch dan Pfizer mereka sendiri telah memasuki ke tahap percubaan klinikal dan hasilnya menunjukkan bahawa vaksin lebih dari 90 peratus berkesan dalam mencegah Covid-19 di kalangan sukarelawan percubaan. Selain itu, semua sukarelawan percubaan yang tidak memiliki sebarang simptom jangkitan coronavirus sebelumnya tidak menunjukkan kesan sampingan setelah disuntik dengan vaksin tersebut. Oleh itu, Pfizer kini merancang untuk meminta kebenaran kecemasan untuk mengunakan vaksin tersebut pada akhir bulan ini dari Pentadbiran Makanan dan Dadah AS selepas mereka dapat membuktikan bahawa hasilnya tetap positif dengan data keselamatan yang berjangka dua bulan. Namun, para saintis dan pakar telah memperingatkan agar tidak mengongkong mengenai hasil awal vaksin tersebut, kerana keselamatan untuk mengunakan vaksin ini secara jangka masa panjang masih belum diketahui. Setakat ini, pelabur sekarang akan terus memberikan tumpuan terhadap bukti hasil lebih lanjut mengenai perkembangan vaksin Pfizer dan juga vaksin dari syarikat lain. Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan mata wang USD/JPY menyusut 0.07% ke 105.30.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 0.05% ke $40.10 setong kerana hasil positif dari perkembangan vaksin meningkatkan sentimen pasaran komoditi hitam ini. Dengan jangkaan vaksin akan dilahirkan dalam masa terdekat, permintaan minyak global dijangka pulih dengan cepat dan oleh itu menaikkan harga minyak mentah. Selain itu, harga emas menyusut 0.10% ke $1861.00 setroy auns kerana selera pelabur terhadap risiko melonjak di tengah-tengah hasil perkembangan vaksin yang memberangsangkan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Average Earnings Index + Bonus (Sep) | 0.0% | 1.0% | – |
| 15:00 | GBP – Claimount Count Change | 28.0K | 50.0K | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) | 56.1 | 41.7 | – |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Sep) | 6.493M | 6.500M | – |
| 05:30
(11hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -8.010M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar index telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 92.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 93.00.
Tahap rintangan: 93.00, 93.30
Tahap sokongan: 92.65, 92.40

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3195.
Tahap rintangan: 1.3195, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3110

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan di 1.1810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1.1810.
Tahap rintangan: 1.1845, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1765

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 105.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.90.
Tahap rintangan: 105.45, 106.05
Tahap sokongan: 104.90, 104.20

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7330.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6835. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6835, 0.6870
Tahap sokongan: 0.6785, 0.6725

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2960. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3035.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2885

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9115. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9150.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9115, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 39.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 39.75.
Tahap rintangan: 40.75, 41.45
Tahap sokongan: 39.75, 39.05

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1867.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1867.70.
Tahap rintangan: 1867.70, 1891.50
Tahap sokongan: 1854.45, 1845.90