10 November 2021 Analisis Sesi Petang
Euro kekal rata berikutan dengan data ekonomi yang bercampuran.
Euro telah didagang secara tidak berubah terhadap dolar AS di atas latar belakang data ekonomi yang bercampuran. Menurut kepada Zentrum für Europäische Wirtschaftsforschung, data ZEW Economic Sentiment Jerman pada bulan November meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 22.3 kepada 31.7, lebih tinggi daripada bacaan jangkaan sebanyak 20.0. Data tersebut mencadangkan para penganalisis pasaran kewangan di Eropah yakin bahawa tekanan inflasi akan berkurangan dalam tempoh enam bulan akan datang. Walaubagaimanapun, data ZEW Current Conditions Jerman bagi bulan November mencatat bacaan sebanyak 12.5, lebih buruk daripada bacaan jangkaan sebanyak 18.0. Menurut kepada pengerusi ZEW Achim Wambach, para pakar ekonomi menjangkakan bahawa pembekalan yang berkurangan serta tekanan inflasi yang meningkat akan mencetuskan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Eropah pada suku tahun ini. Namun begitu, beliau juga menyatakan bahawa para pakar ekonomis menjangkakan ekonomi Eropah akan melantun apabila inflasi menurun pada suku pertama tahun 2022. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD kekal dan didagang berhampiran dengan tahap 1.1585.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% kepada $84.34 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan minyak yang positif. Menurut kepada ketua eksekutif Saudi Aramco, beliau menjangkakan permintaan minyak akan memulih semula kepada tahap pra-pandemi memandangkan kebanyakan negara melonggarkan sekatan pergerakannya secara beransuran. Beliau juga memberi amaran bahawa tahap kapasiti pengeluaran minyak ganti akan lebih berkurangan pada tahun depan. Ia akan mencetuskan harga minyak yang semakin melonjak. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.29% kepada $1827.35 se troy auns di tengah-tengah dolar AS yang lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.2% | 0.4% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 269K | 265K | – |
| 23:30 | USD – Crude Oil Inventories | 3.291M | 2.125M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 93.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 94.45.
Tahap rintangan: 94.45, 95.20
Tahap sokongan: 93.85, 93.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3545. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3545, 1.3420

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1535.
Tahap rintangan: 1.1615, 1.1685
Tahap sokongan: 1.1535, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 113.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 113.20, 114.60
Tahap sokongan: 112.00, 110.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7385. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7310.
Tahap rintangan: 0.7385, 0.7455
Tahap sokongan: 0.7310, 0.7200

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7145. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7080.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7230
Tahap sokongan: 0.7080, 0.6990

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2410. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2500, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2410, 1.2295

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9060.
Tahap rintangan: 0.9145, 0.9215
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8990

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 84.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 84.75.
Tahap rintangan: 84.75, 88.40
Tahap sokongan: 81.65, 79.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1831.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1805.60.
Tahap rintangan: 1831.50, 1857.75
Tahap sokongan: 1805.60, 1779.00