11 Februari 2019 Analisis Sesi Pagi
Rundingan perdagangan bakal bermula sekali lagi.
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya ke paras tinggi 9 bulan apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat lepas. Momentum tersebut telah didorong selepas para pelabur memasuki pasaran dolar berikutan dengan kekhuatiran ke atas kelembapan ekonomi global yang makin meluas. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.13% ke 96.23. Kebimbangan pasaran makin meningkat terhadap pertumbuhan ekonomi global dan momentumnya selepas data ekonomi baru-baru ini dari China dan Jerman memberikan isyarat resesif. Selain itu, kebimbangan tersebut makin bertambah selepas Presiden AS Donald Trump mengulas bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk bertemu dengan Presiden China Xi Jinping sebelum tarikh luput ancaman perdagangan tamat pada 1hb Mac nanti. Oleh itu, para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada mesyuarat diantara pegawai dari Washington dan Beijing yang bakal bermula pada hari Isnin ini untuk mendapatkan petunjuk yang selanjutnya. Sebaliknya, pasangan EUR/USD telah meneruskan kerugiannya sebanyak 0.07% ke 1.1320. Mata wang tersebut telah mencatat kerugian mingguan yang terbesar berbanding dengan dolar selepas data ekonomi baru-baru ini memaparkan kelembapan yang makin berleluasa.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.25% ke paras $52.47 setong. Kekhuatiran terhadap kelembapan ekonomi global yang makin meningkat telah mengurangkan permintaan pasaran terhadap komoditi ini dan ia telah memberikan tekanan menurun kepada harganya. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke paras $1,313.46 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari JPY National Founding Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q4) | 0.6% | 0.3% | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Dec) | -0.3% | 0.2% | – |
| 21:30 | CAD – Trade Balance (Dec) | -2.06B | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 96.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.30, 96.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.2930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2990, 1.3060
Tahap sokongan: 1.2930, 1.2855

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan sasaran di 1.1300. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1415
Tahap sokongan: 1.1300, 1.1215

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi diantara 109.55 dan 110.00. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 110.00, 110.50
Tahap sokongan: 109.55, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7070. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6710. Oleh kerana MACD masih memaparkan isyarat bullish, pasangan ini dijangka untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3280. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3280.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9945

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 51.85.
Tahap rintangan: 52.80, 53.70
Tahap sokongan: 51.85, 51.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1315.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1315.00, 1329.00
Tahap sokongan: 1303.00, 1292.85