11 April 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia menurun berikutan dengan prospek ekonomi negatif di China.
Mata wang proksi China seperti Dolar Australia mencatat kerugiannya dengan ketara berikutan latar belakang data ekonomi bearish dari China. Inflasi kilang China perlahan tetapi melebihi jangkaan pada Mac susulan dengan negara tersebut masih mengalami tekanan kos berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine terus menjejaskan isu rantaian bekalan global. Menurut kepada National Bureau of Statistiks, Producer Price Indeks (PPI) China bagi suku lepas mencatatkan penurunan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.8% ke bacaan sebanyak 8.3%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 7.9%. Selain itu, prospek ekonomi keseluruhan di China kekal negatif berikutan peningkatan kes Covid-19. Menurut statistik terkini, China melaporkan hampir lebih 24,000 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelumnya. Pelaksanaan dasar penutupan mungkin akan mencetuskan risiko stagflasi pada masa hadapan, mengurangkan keyakinan pasaran terhadap negara eksport utama China seperti Australia. Semasa penulisan, AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.20% ke 0.7440.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 2.13% ke $96.55 setong semasa penulisan. Harga minyak melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine berikutan dengan negara-negara Eropah mungkin akan membincangkan pelaksanaan sekatan minyak terhadap Rusia. Para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai isu Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.04% ke $1944.55 setiap troy auns setakat ini di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – GDP (MoM) | 0.80% | – | – |
14:00 | GBP – GDP (YoY) | 6.60% | – | – |
14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) | 0.80% | 0.30% | – |
14:00 | GBP – Monthly GDP 3M/3M Change | 1.10% | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 100.50, 102.10
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3195
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0895, 1.0970
Tahap sokongan: 1.0805, 1.0690
USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 125.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 125.05, 126.15
Tahap sokongan: 124.35, 123.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6975
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6730
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 97.75, 101.50
Tahap sokongan: 92.50, 88.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1944.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1944.55, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35