11 June 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menjunam susulan dengan kenyataan dovish daripada Pengerusi Fed.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam berikutan dengan kenyataan dovish yang diberikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell semalam. Dalam Mesyuarat Fed, ahli FOMC sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah sebelumnya, yang berada di antara julat 0.00% hingga 0.25%, sementara berjanji akan menggunakan pelbagai alat dan cara untuk menghidupkan ekonomi dari kesan negatif dari virus. Selain itu, Powell mendedahkan bahawa sasaran GDP untuk tahun 2020 juga telah dikurangkan ke paras -6.5% di tengah-tengah kesan rantaian Covid-19 terhadap keadaan ekonomi pada separuh kedua tahun ini. Walaupun data pekerjaan baru-baru ini menunjukkan beberapa tanda pemulihan dalam aktiviti pengupahan, Federal Reserve menyatakan bahawa mereka akan tetap memperhatikan perkembangan prestasi ekonomi secara berhati-hati dari semasa ke semasa, dan akan cuba merapatkan jurang antara potensi dan kadar pekerjaan semasa. Di samping itu, Fed juga menyatakan bahawa mereka akan meneruskan langkah pembelian bon, dengan sasaran $80 bilion sebulan daripada bon perbendaharaan dan $40 bilion mortgage-backed securities sehingga keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya dari kejatuhan virus. Semasa penulisan, indeks dolar jatuh 0.28% ke 96.05.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 2.40% ke $38.65 setong disebabkan oleh peningkatan inventori minyak mentah di AS. Menurut kepada EIA, tahap inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 5.720 juta pada minggu 5 Jun, lebih tinggi daripada ramalan dengan penurunan sebanyak 1.738 juta, ia telah menghidupkan semula kebimbangan pelabur bahawa keadaan ketidakseimbangan antara pembekalan dan permintaan di pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas naik 0.02% kei $1735.85 setroy auns di tengah-tengah pelabur melarikan diri ke aset selamat berikutan dengan kenyataan dovish diberikan daripada Jerome Powell.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 1,877K | 1,550K | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM)(May) | -1.3% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 96.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish ynag berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.90, 98.35
Tahap sokongan: 96.25, 95.00

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2720. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2870
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2485

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1400. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1555
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1115

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.20.
Tahap rintangan: 107.15,108.15
Tahap sokongan: 106.20, 104.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7215, 0.7610
Tahap sokongan: 0.6935, 0.6655

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6600. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6445, 0.6200

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3360. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.3650.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9500. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9395.
Tahap rintangan: 0.9500, 0.9575
Tahap sokongan: 0.9395, 0.9265

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 38.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 41.20, 44.70
Tahap sokongan: 38.45, 32.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1734.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didangang dengan lebih tinggi dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1750.85, 1763.85
Tahap sokongan: 1734.35, 1716.40