83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Jun 2021                         Analisis Sesi Petang

 

Paun meningkat susulan pesimisme yang menyusut terhadap Brexit.

Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan pesimisme yang telah menyusut terhadap Brexit. Menurut kepada laporan dari Reuters, Perdana Menteri UK (PM) Boris Johnson menyatakan bahawa Biden adalah “nafas udara segar yang besar”. Selepas lawatan dari Presiden A.S. Joe Biden, Boris Johnson dan Biden bersetuju bahawa kedua-dua U.K dan EU mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama dan mencari penyelesaian yang pragmatik untuk membenarkan perdagangan tanpa beban antara Ireland Utara, Britain dan Ireland. Di samping itu, U.K dan EU juga telah menandatangani perjanjian baru dan kedua-duanya telah menyetujui had tangkapan untuk 70 stok ikan yang dikongsi dengan 333 juta pound untuk peluang memancing bagi kapal UK. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% kepada 1.4173.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal berdaya tahan dan meningkat sebanyak 0.03% kepada $69.89 setong berikutan dengan jangkaan pemulihan permintaan bahan bakar di AS dan EU. Menurut kepada data terkini, lalu lintas jalan raya telah kembali ke tahap pra-COVID-19 di Amerika Utara dan Eropah. Selain itu, permintaan bahan bakar jet juga menunjukkan tanda-tanda peningkatan dengan penerbangan di Eropah meningkat 17% dalam dua minggu terakhir. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.12% kepada $1900.31 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan
14:00 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) 2.1% 1.5%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 90.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 89.70.

 

Tahap rintangan: 90.15. 90.50

Tahap sokongan: 89.70, 89.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.4195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4195, 1.4275

Tahap sokongan: 1.4100, 1.4020

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2160. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2240.

 

Tahap rintangan: 1.2240, 1.2335

Tahap sokongan: 1.2160, 1.2070

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.30

Tahap sokongan: 109.30, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7765. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7765, 0.7805

Tahap sokongan: 0.7695, 0.7650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7225.

 

Tahap rintangan: 0.7225, 0.7310

Tahap sokongan: 0.7135, 0.7065

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2125. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2035.

 

Tahap rintangan: 1.2125, 1.2175

Tahap sokongan: 1.2035, 1.1970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.8935. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8985, 0.9040

Tahap sokongan: 0.8935, 0.8890

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 70.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 68.30.

 

Tahap rintangan: 70.50, 72.30

Tahap sokongan: 68.30, 66.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1885.35. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1913.30.

 

Tahap rintangan: 1913.30, 1937.35

Tahap sokongan: 1885.35, 1856.05