83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Ogos 2021                      Analisis Sesi Petang

 

Aussie jatuh susulan dengan isu koronavirus.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh di tengah jangkitan COVID-19 yang semakin teruk di Australia dan juga dolar yang lebih kukuh. Dari segi koronavirus, wabak Covid-19 Australia terus berkembang di mana negeri-negeri seperti NSW, Melbourne dan Victoria merekodkan kes baru. Jangkitan yang tinggi di New South Wales dan Melbourne telah menyebabkan para penggubal dasar untuk melanjutkan sekatan selama tujuh hari lagi. Walaupun Australia menangani wabak tersebut jauh lebih baik daripada negara yang lain, varian Delta yang cepat berkembang terus menjejaskan rancangan Australia untuk membuka kembali ekonomi. Ahli ekonomis menjangkakan sekatan di dua bandar terbesar boleh menyebabkan negara mengalami kemelesetan kedua dalam beberapa tahun yang akan datang. Dari segi AS, Senator AS akhirnya meluluskan rangsangan sebanyak $ 1.2 trilion yang berkemungkinan akan mengalami sedikit rintangan di dewan sebelum sampai ke Presiden Joe Biden untuk mendapatkan tandatangan. Langkah tersebut telah meningkatkan permintaan untuk dolar AS yang juga mengurangkan daya tarikan bagi mata wang Aussie dengan lebih lanjut. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.12% kepada 0.7339.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.19% kepada $ 68.05 setong pada masa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang lebih cerah. Menurut kepada laporan, ahli ekonomis menjangkakan bahawa penggunaan global akan terus meningkat dan mengetatkan pasaran hingga akhir tahun 2021. Dari segi data, data API menunjukkan bahawa bekalan minyak mentah AS telah turun sebanyak 816,00 tong, walaupun ia sedikit lebih rendah daripada jangkaan pasaran untuk pengurangan sekitar 1.050 juta tong. Sebaliknya, harga emas kekal lemah dan turun sebanyak 0.03% kepada $1734.31 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah pengukuhan dolar.

 

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.9% 0.4%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.626M -3.102M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 93.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 92.65.

 

Tahap rintangan: 93.10, 93.45

Tahap sokongan: 92.65, 92.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini utnuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3745.

 

Tahap rintangan: 1.3885, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3745, 1.3600

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1705. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1755.

 

Tahap rintangan: 1.1755, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 110.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek kembali ke arah tahap 110.45.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.65

Tahap sokongan: 110.45, 109.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi semenara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7330. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7415.

 

Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485

Tahap sokongan: 0.7330, 0.7245

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7135

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6925

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2535. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2440.

 

Tahap rintangan: 1.2535, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2440, 1.2350

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9245. Namun, MACD yang memaparkan isyarat moemntum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.9200.

 

Tahap rintangan: 0.9245, 0.9310

Tahap sokongan: 0.9200, 0.9135

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji thaap rintangan 68.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 65.65.

 

Tahap rintangan: 68.35, 70.90

Tahap sokongan: 65.65, 63.45

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1725.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1760.35.

 

Tahap rintangan: 1760.35, 1792.10

Tahap sokongan: 1725.50, 1679.60