11 November 2020 Analisis Sesi Petang
Mata wang Kiwi melonjak berikutan komen dari RBNZ Orr.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang Kiwi yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain berjaya melanjutkan keuntungannya dan meningkat ke paras tertinggi 20 bulan setelah gabenor RBNZ Orr memberikan komen positif mengenai prospek ekonomi. RBNZ mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25%, namun ia meningkatkan program pembelian aset berskala besarnya sebanyak 100 juta NZD dan selalu bersiap sedia untuk menurunkan kadar ke paras negatif jika diperlukan. Namun, keyakinan pasaran tetap tinggi susulan dengan pelonggaran yang lebih lanjut ini diimbangi oleh kenyataan yang positif dari Gabenor RBNZ Adrian Orr. Menurut kepada kenyataan, aktiviti ekonomi antarabangsa dan domestik terbukti adalah lebih tahan daripada jangkaan sebelumnya. Berikutan dengan komen positif dari Gabenor Orr, nilai Kiwi melonjak. Pada masa penulisan, NZD/USD meningkat sebanyak 0.89% kepada 0.6885.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.21% kepada $ 41.85 setong semasa penulisan kerana pasaran kekal positif terhadap harapan vaksin. Berita vaksin pada Isnin dari Pfizer Inc masih meningkatkan pasaran dengan beberapa pelabur melihat cahaya di hujung terowong COVID-19. Namun, masih ada jalan yang panjang yang diperlukan. Di samping itu, ribut tropika ETA mengancam untuk memotong pengeluaran dari pelantar Teluk Mexico A.S dan ia juga membantu dalam meningkatkan prospek komoditi. Sebaliknya, harga emas telah melantun dengan perlahan-lahan dan meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 1880.22 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar disebabkan oleh rangsangan harapan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.00, 93.45
Tahap sokongan: 92.45, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3275. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3065

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1810. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1855.
Tahap rintangan: 1.1855, 1.1890
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1765

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 105.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 104.95.
Tahap rintangan: 105.25, 105.60
Tahap sokongan: 104.95, 104.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7315. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7315, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7200

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7115
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6515

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3305, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2835

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9090, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 41.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 41.85, 43.10
Tahap sokongan: 40.85, 39.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1884.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1884.25, 1894.25
Tahap sokongan: 1866.00, 1850.30