12 Januari 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menjunam susulan testimoni Powell.
Dolar AS menjunam dengan ketara pada semalam selepas pasaran memberikan reaksi yang negatif terhadap testimoni di hadapan Kongres AS. Di dalam testimoni, Pengerusi Fed Jerome Powell menegaskan bahawa mereka akan mengawal peningkatan harga barangan yang kini mencecah sasaran sebanyak 2%. Selain itu, Powell mendedahkan bahawa pengetatan dasar kewangan merangkumi peningkatan kadar faedah dan pengurangan pegangan aset bagi mengawal keadaan ekonomi dari tahap inflasi yang terlalu tinggi. Walaupun pengetatan dasar akan memberikan kesan negatif terhadap momentum ekonomi, Powell menegaskan bahawa mereka akan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Kenyataan dari beliau telah mengurangkan spekulasi pasaran bahawa Fed akan memberikan fokus utama kepada inflasi dalam menetapkan dasar kewangan. Ia juga telah mendorong kepada penjualan pada dolar AS dan US Treasury. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.01% ke 95.54 semasa sesi dagangan Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.03% ke $81.26 setong. Harga minyak mentah meningkat hampir 4$ pada semalam selepas pasaran menjangkakan kesan yang lebih rendah dari varian Omicron apabila dibandingkan dengan Delta. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,821.11 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Dec) | 0.50% | 0.50% | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.144M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 95.65, 95.85
Tahap sokongan: 95.35, 95.15
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.
Tahap rintangan: 1.3630, 1.3690
Tahap sokongan: 1.3570, 1.3510
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 1.1370, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1320, 1.1285
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 115.40, 116.25
Tahap sokongan: 114.55, 113.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7280
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7140
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6740, 0.6700
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2620, 1.2690
Tahap sokongan: 1.2545, 1.2485
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 0.9255, 0.9280
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9210
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.
Tahap rintangan: 82.65, 84.60
Tahap sokongan: 80.15, 77.35
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1830.20, 1850.00
Tahap sokongan: 1812.80, 1797.60