12 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan data buruh yang kecewa.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mat wang utama telah jatuh semasa awal sesi Asia susulan data buruh yang lemah. Menurut kepada Biro Statistik Buruh AS, data JOLTS Jobs Opening yang mengukur kekosongan jawatan di A.S telah jatuh ke sekitar 6.423 juta, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 7 juta. Data tersebut telah mencetuskan beberapa tekanan penjualan di pasaran kerana para pelabur mengimbangi data yang lebih lemah tersebut terhadap kenyataan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell. Dalam pernyataan Powell baru-baru ini, Powell telah memberitahu para penggubal undang-undang bahawa Fed akan terus memantau impak koronavirus dengan teliti dan memegang kepada nada menunggu dan melihat. Semasa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.09% kepada 98.58. Sementara itu, GBP / USD naik 0.04% kepada 1.2956 pada masa penulisan berikut data positif. Menurut Statistik Kebangsaan, KDNK telah meningkat kepada 0.3% pada bulan Disember, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Data juga menunjukkan bahawa U.K tidak menyusut dengan lebih lanjut, justerunya ia memberi dorongan kepada mata wang tersebut.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.10% kepada $ 50.09 setong pada masa penulisan susulan dengan peningkatan dalam inventori. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sebanyak 6 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 7 Februari. Seterusnya, harga emas juga menyusut sebanyak 0.07% ke $ 1566.35 se troy auns pada saat penulisan berikutan dengan pemulihan selera risiko ke pasaran global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP Autumn Budget
23.00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.3% | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 98.35.
Tahap rintangan: 98.90, 99.25
Tahap sokongan: 98.35, 97.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2955. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2830, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.0885. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.0990.
Tahap rintangan: 1.0990, 1.1085
Tahap sokongan: 1.0885, 1.0795

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.20, 110.65
Tahap sokongan: 109.70, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6675. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6600

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6380. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6445.
Tahap rintangan: 0.6445, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6380, 0.6340

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3320 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9830, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9695

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 49.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 52.60.
Tahap rintangan: 52.60, 54.65
Tahap sokongan: 49.55, 48.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1563.45. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1588.05, 1613.35
Tahap sokongan: 1563.45, 1542.15