83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Februari 2020                                Analisis Sesi Petang

New Zealand dolar melonjak akibat pendirian hawkish daripada RBNZ.

Di antara semua mata wang yang utama, dolar New Zealand melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh satu minggu berikutan dengan Reserve Bank New Zealand meningggalkan dasar monetari tidak berubah pada pagi ini. Pada awal hari ini, ahli-ahli RBNZ memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 1.00% seperti dijangkakan ketika memberikan penyataan hawkish mengenai prospek masa depan New Zealand. Dalam kenyataan dasar monetari, RBNZ mendedahkan bahawa pasaran buruh mereka masih berdaya tahan, dan ia semakin meningkat berhampiran tahap maksimum yang mampan. Selain itu, Pengerusi RBNZ iaitu Adrian Orr juga menekankan bahawa tekanan inflasi yang mendasari di negara mereka masih kukuh manakala ia semakin dekat dengan sasaran inflasi, iaitu 2%. Oleh itu, kadar faedah yang rendah tidak akan berubah pada masa ini kecuali jika sesetengah kejadian yang membawa kepada pertumbuhan yang lebih lemah di New Zealand berlaku, seperti jangkitan coronavirus baru-baru ini. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan NZD/USD naik 0.95% ke 0.6460.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 1.44% ke $ 50.62 setong selepas China melaporkan bilangan kes coronavirus baru menurun sejak akhir Januari. Baru-baru ini, kadar pertumbuhan coronavirus telah mula perlahan, dan ia meningkatkan harapan para pelabur ke atas permintaan minyak akan mula pulih daripada wabak virus. Selain itu, harga emas naik 0.04% ke $1568.00 satu troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Tentatif                 GBP                                        Autumn Budget

23.00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.3%

 

Technical Analysis

DOLLAR_INDX, DailyIndeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 98.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 98.35.

 

Tahap rintangan: 98.75, 99.25

Tahap sokongan: 98.35, 97.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2990.

 

Tahap rintangan: 1.2990, 1.3065

Tahap sokongan: 1.2945, 1.2875

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0890. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1005, 1.1075

Tahap sokongan: 1.0890, 1.0785

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.95, 110.25

Tahap sokongan: 109.60, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6760.

 

Tahap rintangan: 0.6760, 0.6795

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6665

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6435. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini unutk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6495.

 

Tahap rintangan: 0.6495, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6435, 0.6380

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3310. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3310, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9750. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9775, 0.9810

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9715

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 50.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini utnuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 51.35.

 

Tahap rintangan: 51.35, 52.00

Tahap sokongan: 50.45, 49.75

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1568.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1568.45, 1575.50

Tahap sokongan: 1563.70, 1559.60