12 Mac 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mac 12 – 16
Kajian Pasaran (Forex): Mac 5 – 9
Dolar A.S.
Dolar AS telah gagal untuk melanjutkan pemulihannya pada hari Jumaat yang lalu selepas laporan Nonfarm Payrolls memberikan isyarat yang bercampuran kepada para pelabur. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.08% ke paras 90.10 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.
Menurut kepada US Labor Department, ekonomi AS telah menjana sebanyak 313,000 pekerjaan bagi bulan February, lebih tinggi daripada ramalan sebanyak 200,000 pekerjaan. Data tersebut juga menjangkaui bacaan bulan Januari yang mencatat penambahan sebanyak 239,000 pekerjaan. Namun, kadar pengangguran masih kekal sama dengan 4.1%, tersasar daripada ramalan untuk susut sebanyak 0.1% ke 4.0%.
Namun, kebanyakan para pelabur memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada data Average Hourly Earnings – salah satu penyumbang utama kepada kadar inflasi negara yang boleh mendorong kepada kenaikan kadar faedah yang lebih pantas bagi sepanjang tahun ini.
Untuk bulan Februari, Average Hourly Earnings meningkat hanya 0.1%, tersasar daripada ramalan untuk bertumbuh sebanyak 0.2%. Para pelabur telah memangkas pesanan bullish ke atas dolar selepas kebanyakan daripada mereka mengharapkan pertumbuhan gaji yang lebih pantas susulan dengan keputusan bulan Januari yang lebih kukuh. Selain itu, dolar menerima tekanan yang lebih lanjut berikutan dengan penghargaan dolar Kanada akibat daripada harga minyak mentah yang lebih tinggi.
US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan
Nonfarm Payrolls bagi bulan Februari memberi bacaan sebanyak 313K berbanding dengan ramalan 200K.
US Unemployment Rate

—– Ramalan
Kadar pengangguran kekal rata di paras 4.1%.
US Average Hourly Earnings

—– Ramalan
Average Hourly Earnings tersasar daripada ramalan dengan 0.1% berbanding dengan 0.2%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.56% ke 106.81 selepas Bank Pusat Jepun (BoJ) memberikan isyarat yang dovish kepada pasaran. Menurut kepada BoJ, mereka akan meneruskan program kelonggaran dasar yang agresif supaya kadar inflasi mencapai sasaran sebanyak 2%. Isyarat tersebut telah menurunkan spekulasi pasaran bullish ke atas mata wang Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.02% sambil menutup niaga bagi minggu lalu di sekitar $1.2308.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.33% ke paras $1.3854.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mac 5 – 9
GOLD
Harga emas menerima sedikit sokongan bullish semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat susulan dengan dolar AS yang dijual oleh para pelabur berikutan dengan keputusan laporan NFP yang lebih bercampuran. Harga aset selamat ini meningkat sebanyak $1.51 atau 0.11% dan mengakhiri minggu lalu di sekitar $1,323.49 se troy auns. Terdahulu, reaksi pasaran ke atas dolar adalah lebih positif selepas US Department of Labor melaporkan bahawa ekonomi AS telah menjana sebanyak 313,000 pekerjaan.
Namun, sentimen pasaran ditakluki oleh momentum bearish susulan dengan pertumbuhan gaji sejam yang gagal untuk mencapai ramalan dengan hanya 0.1% dan ini memberi isyarat bahawa kadar inflasi bakal bertumbuh dengan momentum yang agak lambat dan justeru, menghindari Bank Pusat AS dari meningkatkan kadar faedah dengan lebih kerap. Sementara itu, bias menaik bagi komoditi ini adalah masih terhad berikutan dengan risiko geopolitik di Semenanjung Korea yang makin susut. Korea Selatan telah mengumumkan untuk mengadakan sidang kemuncak dengan Korea Utara bagi membincang mengenai ancaman nuklear dari negara tersebut.
Crude Oil
Harga minyak mentah melonjak secara mendadak pada hari Jumaat yang lalu selepas para pelabur memberikan prospek yang optimistik ke atas pembekalan AS yang berkemungkinan untuk susut buat sementara waktu. Harga komoditi tersebut melonjak sebanyak $1.84 atau 3.05% ke paras $62.18 setong.
Menurut kepada pembekal servis Baker Hughes, bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah susut sebanyak 4 ke 796. Data tersebut telah membantu menurunkan kebimbangan para pelabur ke atas pembekalan AS yang didorong oleh penggerudian syal dan kini hampir mencapai paras rekod tinggi sebanyak 10.4 juta tong sehari.
Selain itu, harganya juga telah disokong dengan lebih lanjut oleh dolar AS yang lemah susulan dengan keputusan pertumbuhan gaji yang lebih lemah. Data tersebut adalah salah satu penyumbang utama kepada kadar inflasi serantau dan boleh memacu kenaikan kadar faedah yang lebih kerap sekiranya ia bertumbuh secara konsisten. Dolar yang lemah akan meningkatkan penampilan komoditi ini kepada para pelabur yang menggunakan mata wang lain.
Pandangan Mingguan: Mac 12 – 16
Untuk sepanjang minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada bacaan CPI dan Retail Sales dari AS untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai tempoh kenaikan kadar faedah bagi sepanjang tahun ini.
Bagi para pedagang komoditi minyak, mereka akan memberi fokus kepada laporan bulanan oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan International Energy Agency (IEA) untuk mendapat isyarat mengenai permintaan dan pembekalan minyak global serta ramalan bagi jangka masa yang terdekat.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mac 12 – 16
| Isnin, Mac 12 |
Data JPY – BSI Large Manufacturing Conditions (Q1)
Acara N/A
|
| Selasa, Mac 13 |
Data AUD – NAB Business Confidence (Feb) JPY – Tertiary Industry Activity Index (MoM) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) USD – Core CPI (MoM) (Feb) USD – CPI (MoM) (Feb)
Acara GBP – Spring Forecast Statement CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
| Rabu, Mac 14 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – Westpac Consumer Sentiment (Mar) CNY – Fixed Asset Investment (YoY) (Feb) CNY – Industrial Production (YoY) (Feb) EUR – German CPI (MoM) (Feb) EUR – Industrial Production (MoM) (Feb) USD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) USD – PPI (MoM) (Feb) USD – Retail Sales (MoM) (Feb) USD – Business Inventories (MoM) (Jan) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara JPY – Monetary Policy Meeting Minutes CrudeOIL – OPEC Monthly Report
|
| Khamis, Mac 15 |
Data NZD – GDP (QoQ) (Q4) CHF – SNB Interest Rate Decision USD – Import Price Index (MoM) (Feb) USD – Initial Jobless Claims USD – NY Empire State Manufacturing Index (Mar) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) USD – Philly Fed Employment (Mar) CAD – ADP Nonfarm Employment Change
Acara CHF – SNB Monetary Policy Assessment CrudeOIL – IEA Monthly Report
|
|
Jumaat, Mac 16
|
Data JPY – Industrial Production (MoM) (Jan) EUR – CPI (YoY) (Feb) USD – Building Permits (Feb) USD – Housing Starts (MoM) (Feb) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jan) USD – Industrial Production (MoM) (Feb) USD – JOLTs Job Openings (Jan) USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Jumaat N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Mac 12 – 16
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan minor berhampiran 89.40. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Sasaran pertama akan ditumpukan kepada 90.00.
Tahap rintangan: 90.95, 91.70
Tahap sokongan: 90.00, 89.40
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia memasuki semula ke dalam formasi tersebut. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke arah paras atas segi tiga. Namun, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1.3970, 1.4210
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3600
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah menghentikan aliran menurunnya selepas ia memecahkan garisan aliran menurun baru-baru ini. Penutupan niaganya di atas garisan 20-MA (merah) serta pembentukan isyarat menaik dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah sasaran 108.40.
Tahap rintangan: 108.40, 109.70
Tahap sokongan: 105.95, 105.45
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan bias bearish yang lebih lanjut. Justeru, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.2270 akan membekalkan pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk isyarat silang kematian mencadangkan bias bearish bagi harga komoditi ini. Oleh itu, ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan yang kukuh iaitu 1312.00. Namun, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70
Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawanya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan sebelum paras oversold mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke arah paras atas segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 63.75, 66.65
Tahap sokongan: 60.80, 59.00