83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Mac 2020                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

AS menyekat perjalanan dari EU susulan Covid-19.

Euro kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu keputusan dari mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB). ECB dijangka untuk mengumumkan langkah yang lebih lanjut bagi membendung impak negatif dari pandemik koronavirus. Bank pusat tersebut dijangka untuk memotong kadar faedah serta mengumumkan kelonggaran dasar yang lebih lanjut seperti program pinjaman baru yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana. Namun, para pelabur juga akan memberi fokus ke atas bagaimana dasar kewangan digunakan bersama langkah fiskal oleh kerana zon Eropah mempunyai peraturan defisit yang ketat sementara beberapa negara sedang menghadapi ruang yang minimum untuk rancangan fiskal masing-masing. Walaubagaimanapun, sentimen di dalam kalangan para pelabur terhadap ECB adalah masih pesimis oleh kerana langkah yang bakal diambil adalah sama seperti tetapan semasa dengan kadar faedah yang lebih rendah dan kelonggaran kuantitatif yang lebih tinggi. Oleh itu, rangsangan fiskal yang lebih ketara adalah diperlukan bersama dengan kelonggaran dasar bagi mengurangkan risiko kemelesetan di zon EU. Sementara itu, dolar AS telah melanjutkan kerugiannya selepas Presiden AS Donald Trump menyampaikan ucapan mengenai tindak balas kerajaan bagi menangani isu pandemik Covid-19. Di dalam ucapannya, Trump mengumumkan bahawa AS akan menggantungkan segala perjalanan dari Eropah ke AS untuk 30 hari yang akan datang dan ia bakal berkuatkuasa pada tengah malam hari Jumaat ini. Beliau juga telah mengarahkan Perbendaharaan AS untuk menangguhkan pembayaran cukai tanpa faedah atau penalti bagi perniagaan dan individual yang menerima kesan dari pandemik tersebut. Pengumuman ini telah mencetuskan kebimbangan terhadap AS yang berkemungkinan untuk mengalami penyebaran wabak koronavirus yang pantas selepas White House menafikannya sebelum ini. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.46% ke 1.1319 sementara indeks dolar susut 0.38% ke 96.12.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 6.80% ke $30.84 setong. Menurut kepada Reuters, United Arab Emirates telah mengikuti jejak Arab Saudi dengan pengumuman untuk meningkatkan pembekalan minyak selepas rundingan OPEC dan Rusia gagal untuk mencapai konsensus pada minggu lepas. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,633.66 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20.45                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

21.30                     EUR                                        ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – PPI (MoM) 0.5% -0.1%
20.45 EUR – Deposit Facility Rate (Mar) -0.50% -0.50%
20.45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
20.45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) 0.00% 0.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementra ia sedang menguji tahap sokongan di 96.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.55, 96.80

Tahap sokongan: 96.00, 95.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 1.2915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2745.

 

Tahap rintangan: 1.2915, 1.3130

Tahap sokongan: 1.2745, 1.2570

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1295. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkuragan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1295, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1255, 1.1195

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintanga di 105.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 105.15, 106.20

Tahap sokongan: 103.10, 100.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6465. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6515, 0.6545

Tahap sokongan: 0.6465, 0.6400

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6255. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6285.

 

Tahap rintangan: 0.6285, 0.6315

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6205

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 1.3650. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3830.

 

Tahap rintangan: 1.3830, 1.4060

Tahap sokongan: 1.3650, 1.3360

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9330. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9330.

 

Tahap rintangan: 0.9395, 0.9450

Tahap sokongan: 0.9330, 0.9265

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 29.75.

 

Tahap rintangan: 39.20, 46.65

Tahap sokongan: 29.75, 25.30

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1635.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1647.15

 

Tahap rintangan: 1647.15, 1663.90

Tahap sokongan: 1635.60, 1626.05