12 Mac 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal lemah susulan penurunan dalam hasil bon.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh susulan dengan pasaran bon yang tenang meninkatkan sentimen pasaran dan selera untuk mata wang berisiko. Menurut kepada data terkini, hasil perbendaharaan 10 tahun kini menurun dari paras tertinggi sebelumnya 1.625% dan stabil sekitar 1.5%. Selain itu, data CPI yang lemah daripada jangkaan baru-baru ini juga terus memberi kesan terhadap dolar AS. Walau bagaimanapun, kerugian mungkin terhad kerana Presiden AS Biden menjanjikan pemulihan yang lebih cepat dan memuji usaha COVID-19. Presiden AS Joe Biden menunjukkan kesediaan untuk memulih A.S lebih cepat dari wabak tersebut dan menjanjikan vaksin kepada semua orang dewasa Amerika pada 01 Mei. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh 0.17% kepada $ 91.50.
Dalam komoditi, harga minyak mentah tetap stabil dan menokok sebanyak 0.09% kepada $65.75 setong berikutan dengan harapan terhadap pemulihan permintaan terus memberikan sokongan. Oleh kerana ekonomi global terus berkembang sementara pemberian vaksin yang lebih luas terhadap wabak COVID-19 membolehkan lebih banyak orang melakukan perjalanan pada musim panas ini, para pelabur terus bergegas memasuki pasaran minyak. Di samping itu, rangsangan A.S. yang ditandatangani oleh Presiden AS Joe Biden juga diharapkan dapat membantu mempercepat pemulihan ekonomi AS dan meningkatkan permintaan bahan bakar. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.06% kepada $ 1718.05 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – GDP (QoQ) (Q4) | 1.0% | – | – |
| 15:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Dec) | 0.3% | -0.7% | – |
| 21:30 | USD – PPI (MoM) (Feb) | 1.3% | 0.4% | – |
| 21:30 | CAD – Employment Change (Feb) | -212.8K | 52.5K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 91.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 91.55, 92.10
Tahap sokongan: 91.25, 90.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3945, 1.3845

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1950.
Tahap rintangan: 1.2025, 1.2105
Tahap sokongan: 1.1950, 1.1890

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 108.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.15.
Tahap rintangan: 109.15, 109.65
Tahap sokongan: 108.35, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7780. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntugannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7780, 0.7835
Tahap sokongan: 0.7730, 0.7660

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7225,0.7290
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sleepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2555. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.2485.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melantun dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9280.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9370
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9180

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 66.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya menutup di atas tahap rintangan di 66.10.
Tahap rintangan: 66.10, 67.70
Tahap sokongan: 64.55, 63.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1718.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1738.10, 1765.20
Tahap sokongan: 1718.15, 1694.30