83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 April 2021                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar merosot berikutan dengan kenyataan Fed Clarida yang dovish.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang saingan utama gagal memulih daripada kerugian sebelumnya, sambil melanjutkan kerugiannya untuk sehari dagangan berturut-turut lagi selepas Naib Pengerusi Federal Reserve (Fed) Richard Clarida mengesahkan bahawa tiada kenaikan kadar faedah dalam waktu dekat. Pada Jumaat lalu, Fed Clarida mendedahkan bahawa mereka akan terus mengawasi kemajuan pemulihan ekonomi, terutamanya dalam segi kadar pekerjaan dan tekanan inflasi yang mendasari negara sebelum sebarang penyesuaian akan dibuat dalam dasar monetari yang sedang berlangsung. Selain itu, beliau juga memperingatkan masyarakat bahawa risiko pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya masih membayangi jalan pertumbuhan ekonomi AS di masa depan, tekanan inflasi mempunyai kemungkinan tinggi untuk meningkat lebih dari 2% tahun ini tetapi tidak mungkin bertahan untuk jangka waktu yang panjang. Sebaliknya, jika kadar inflasi bertentangan dengan jangkaan Fed dan menjadi ancaman, Bank Pusat AS masih mempunyai beberapa alat untuk menanganinya. Walau bagaimanapun, sedikit kenaikan pada Hasil Perbendaharaan AS akhirnya menyelamatkan dolar daripada pemecahan ke bawah tahap terendah dalam tempoh 2 minggu. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.04% ke 92.20.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.32% ke $59.50 setong, sementara kedua-dua pihak masih tersandung dalam perbincangan mengenai perjanjian nuklear. Setakat ini, para pelabur terus mengawasi rundingan berikutnya pada minggu ini untuk mengetahui adakah AS akan menghapus sekatan ke atas Iran supaya Iran akan kembali ke perjanjian Nuklear. Selain itu, harga emas turun 0.15% ke $1741.40 setroy auns di tengah pengukuhan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 92.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 92.40, 92.85

Tahap sokongan: 91.95, 91.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3725. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1.3725, 1.3810

Tahap sokongan: 1.3675, 1.3625

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1865. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.1955, 1.2030

Tahap sokongan: 1.1865, 1.1795

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 110.05.

 

Tahap rintangan: 110.05, 110.80

Tahap sokongan: 109.20, 108.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7565.

 

Tahap rintangan: 0.7665, 0.7735

Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7060. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7060, 0.7110

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6945

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2570. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2510.

 

Tahap rintangan: 1.2570, 1.2635

Tahap sokongan: 1.2510, 1.2465

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9230. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 0.9280, 0.9360

Tahap sokongan: 0.9330, 0.9185

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 59.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 59.85, 61.30

Tahap sokongan: 58.70, 57.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1745.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1735.05.

 

Tahap rintangan: 1745.25, 1755.60

Tahap sokongan: 1735.05, 1723.85