12 April 2022 Analisis Sesi Petang
Pound menyusut susulan dengan data ekonomi yang pasif.
GBPUSD telah menyusut sejak semalam atas latar belakang data ekonomi yang pasif. Menurut kepada Office for National Statistics, UK Gross Domestic Product (GDP) MoM telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.8% ke 0.1%, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 0.3%. Selain itu, UK Manufacturing Production MoM merekodkan pada bacaan sebanyak -0.4%, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.9% dan ramalan pasaran sebanyak 0.3%. Kedua-dua data ekonomi suram telah menunjukkan bahawa prospek ekonomi UK tidak sebaik dahulu. Keadaan tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di rantau UK, mendorong para pelabur untuk menjual Pound. Sebaliknya, Indeks Dolar AS kembali melebihi 100 pada pagi Selasa. Indeks Dolar AS disokong oleh hasil AS yang tinggi menjelang data inflasi yang dijangka akan menunjukkan risiko inflasi mungkin akan mencapai bacaan yang paling banyak dalam lebih daripada 16 tahun. Inflasi yang tinggi telah mengukuhkan jangkaan dasar pengetatan Fed yang agresif. Jangkaan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan telah mencetuskan sentimen peralihan ke arah Dolar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik, mendorong momentum bearish yang selanjutnya pada Pound. Semasa penulisan, GBPUSD menyusut sebanyak 0.05% ke 1.3022.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.10% ke $96.28 setong semasa penulisan susulan dengan pasaran menimbang potensi untuk lebih banyak sekatan ke atas sektor tenaga Rusia dan OPEC memberi amaran bahawa peningkatan pengeluaran yang mencukupi untuk mengimbangi kekurangan bekalan minyak mentah adalah mustahil. Selain itu, harga emas meningkat 0.49% ke $1957.50 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) | 4.80% | – | – |
14:00 | GBP – Claimant Count Change (Mar) | -48.1K | – | – |
17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) | -39.3 | -48 | – |
20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.50% | 0.50% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 100.50, 102.10
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3195
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0895, 1.0970
Tahap sokongan: 1.0805, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 125.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 125.70, 128.30
Tahap sokongan: 124.00, 121.45
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6975
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6730
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 97.75, 101.50
Tahap sokongan: 92.50, 88.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1973.00, 2005.00
Tahap sokongan: 1944.55, 1912.60