83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Mei 2020                        Analisis Sesi Pagi

Dolar AS meningkat susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat dan sentimen selera risiko telah meningkatkan permintaan ke atas aset selemat seperti Dolar AS. Pada masa kini, para pelabur berhati-hati untuk menguruskan portfolio mereka susulan dengan mereka bimbang terhadap gelombang kedua untuk jangkitan koronavirus selepas beberapa negara telah membuka kembali aktiviti ekonomi mereka. Menurut kepada Reuters, kes jangkitan koronavirus yang baru telah meningkat secara pesat dari rantau Jerman manakala kes-kes koronavirus di Korea Selatan juga melantun semula ke paras tertinggi dalam satu bulan selepas mereka melonggarkan sekatan “lockdown”. Walau bagaimanapun, para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai ucapa Pengerusi Rizab persekutuan Jerome Powell pada hari Rabu dan juga wabak koronavirus untuk menerima isyarat dagangang yang lebih lanjut. Sebaliknya, pasangan “China-proxy” seperti Dolar Australian telah menyusut semalam susulan dengan kenaikan ketegangang di antara A.S dan China selepas Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa A.S. tidak akan meneruskan rundingan perdagangan di antara A.S. dan China dengan syarat yang santai, yang selanjutnya mencetuskan penjualan ke atas aset berisiko seperti Dolar Australian. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.50% ke 100.22 manakala AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.07% ke 0.6483.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.63% ke $25.63 se tong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas United Arab Emirates dan Arab Saudi menegaskan bahawa mereka akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah yang lebih banyak pada bulan Jun, menurut kepada laporan Al Mazrouei. Walau bagaimanapun, prospek minyak mentah pada masa depan masih tetap samar di tengah-tengah kebimbangan terhadap wabak koronavirus. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1696.70 se troy auns susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Apr) -0.1% -0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 99.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.80.

 

Tahap rintangan: 100.80, 102.00

Tahap sokongan: 99.60, 98.75

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2285. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2335, 1.2385

Tahap sokongan: 1.2285, 1.2225

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0780. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0975, 1.1080

Tahap sokongan: 1.0780, 1.0655

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 107.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.10.

 

Tahap rintangan: 107.75, 108.40

Tahap sokongan: 107.10, 106.15

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6560, 0.6680

Tahap sokongan: 0.6405, 0.6235

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6135. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6005.

 

Tahap rintangan: 0.6135, 0.6255

Tahap sokongan: 0.6005, 0.5905

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.4015. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4155.

 

Tahap rintangan: 1.4155, 1.4230

Tahap sokongan: 1.4015, 1.3875

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9760. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9760, 0.9880

Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 26.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 26.15, 29.95

Tahap sokongan: 22.80, 19.30

 


GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1693.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1706.95, 1720.70

Tahap sokongan: 1693.90, 1683.45