12 June 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS naik disebabkan oleh kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak virus
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berjaya melonjak dari tahap terendah baru-baru ini ketika pelabur memasuki ke pasaran dolar yang di mana mempunyai ciri aset selamat kerana pelabur skeptis terhadap evolusi virus. Menurut Statistik Worldometer, kes baru harian global pada 10hb Jun telah meningkat sebanyak 135,578, mencatat jumlah bilangan yang paling tinggi dijangkiti Covid-19 sejak wabak ini merebak. Secara terperinci, Brazil dan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara yang paling banyak dijangkiti di antara semua negara, masing-masing meningkat sebanyak 27,644 dan 22,095 kes semalam. Setakat ini, tanda kebangkitan virus telah muncul berikutan dengan kebanyakan negara memutuskan untuk membuka balik ekonomi mereka dengan melonggarkan sekatan penguncian. Walau bagaimanapun, komen yang dovish daripada Federal Reserve terhadap prospek pertumbuhan ekonomi membentuk siling yang dimana telah mengehadkan kenaikan dolar. Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell menekankan bahawa dasar monetari kadar faedah rendah akan tetap tidak berubah sehingga tanda pemulihan selanjutnya muncul sementara pembelian bon akan diteruskan dalam tempoh ini juga. Setakat ini, indeks dolar meningkat 0.89% hingga 96.80.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 1.98% ke $35.60 setong kerana kebimbangan pasaran terhadap kemunculan gelombang kedua wabak virus telah merosotkan prospek permintaan minyak mentah. Peningkatan dalam jumlah kes baru baru ini telah mengurangkan harapan pasaran terhadap masalah bekalan melebihi dapat diselesaikan, dan ia telah menurunkan daya tarikan komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas meningkat 0.11% ke $1729.45 setroy auns di tengah penyusutan keutamaan pasaran terhadap asset yang berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP(MoM) | -5.8% | -18.7% | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM)(Apr) | -4.6% | -15.8% | – |
| 01:00
(13th) |
CrudeOIL – U.S Baker Hughes Oil Rig Count | 206 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 96.90.
Tahap rintangan: 96.90, 98.35
Tahap sokongan: 96.25, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2585. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2870
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2485

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dair tahap rintangan di 1.1400. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1555
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1115

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.20.
Tahap rintangan: 107.15,108.15
Tahap sokongan: 106.20, 104.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6655.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.7215
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6310

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6445. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 0.6200.
Tahap rintangan: 0.6445, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6200, 0.5925

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3650. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji thaap sokongan di 0.9395. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9500, 0.9575
Tahap sokongan: 0.9395, 0.9265

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 38.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 32.25.
Tahap rintangan: 38.45, 41.20
Tahap sokongan: 32.25, 24.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1734.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didangang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1710.20.
Tahap rintangan: 1734.85, 1763.85
Tahap sokongan: 1710.20, 1668.40