83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melantun berikutan dengan data inflasi yang positif.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menokok sebanyak 0.03% ke 96.62 semasa penulisan berikutan dengan kekukuhan data inflasi AS yang telah mengurangkan jangkaan pemotongan kadar secara agresif oleh Fed. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, Core CPI yang tidak termasuk makanan dan tenaga telah meningkat ke 0.3% bagi bulan Jun, peningkatan yang tertinggi di dalam hampir setahun setengah. Pada masa yang sama, data tuntutan insurans Initial Jobless Claims juga memberi bacaan yang positif sebanyak 209K, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis sebanyak 223K. Data-data yang positif tersebut telah mengisyaratkan perkembangan di dalam kadar inflasi yang bakal mengurangkan kemungkinan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas semasa hujung bulan ini. Ia juga telah mendorong kepada peningkatan penilaian dolar. Namun, para pelabur masih berwaspada kerana Fed masih dijangka untuk memotong kadarnya bagi menyokong pertumbuhan ekonomi AS. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.11% ke 1.2599 semasa penulisan berikutan dengan kemungkinan calon utama Boris Johnson untuk memenangi pilihan PM UK yang baru. Menurut kepada laporan, calon utama Boris kini bersedia untuk mengambil alih jawatan PM dalam masa yang singkat selama 12 hari. Walaupun Bank Pusat UK (BoE) telah memberi amaran bahawa situasi Brexit tanpa perjanjian akan menambah buruk keadaan ekonomi di UK, namun para pelabur masih mengekalkan keyakinan mereka terhadap Boris dalam menyampaikan Brexit yang lancar.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.25% ke $60.47 setong semasa penulisan di tengah-tengah ketegangan di antara AS dan Iran dan juga kemungkinan gangguan pembekalan minyak. Menurut kepada laporan terkini, sentimen pasaran minyak telah disokong oleh khabar angin mengenai persediaan mogok udara AS ke atas sasaran orang Iran di Syria. Pada masa yang sama, ribut tropika yang dijangka di salah satu pantai teluk di AS bakal mengakibatkan kepada penutupan operasinya telah menambah baik sentimen pasaran minyak. Di samping itu, harga emas telah memangkas sebahagian kerugiannya sebanyak 0.25% ke $1407.54 se troy auns semasa penulisan selepas data inflasi yang memberi bacaan melebihi jangkaan ekonomis telah mengakibatkan kepada penurunan harga aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – PPI (MoM) (Jun) 0.1% 0.1%
01.00 (13hb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 788

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.35. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 95.50

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2425

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau) dan tahap sokongan 1.1240. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 dan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

 

 


 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-60 (merah). MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-60 tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.20, 107.60

 

 

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6965. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

 

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.6675. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6580

 

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan 1.3050. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melantun ke arah tahap rintangan 1.3110 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2985

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9905. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9805

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 60.20. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.15
Tahap sokongan: 60.20, 57.95

 

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-60 (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-60 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1405.00, 1421.40
Tahap sokongan: 1386.35. 1370.00