12 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Paun meningkat susulan harapan terhadap pembukaan ekonomi UK.
Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan komen yang positif daripada Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengenai pembukaan semula ekonomi U.K. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan bahawa sekatan dan penjarakan sosial akan dilonggarkan pada 19 Julai kerana program vaksinasi terus berjalan dengan lancar dan efisien. Setiausaha Kesihatan Sajid Javid menyatakan bahawa tahap vaksinasi yang tinggi di UK telah membantu dalam mengurangkan kematian dan kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh koronavirus. Menurut kepada laporan terbaru, kadar vaksinasi di UK mencatat bacaan setinggi 68.4% populasi untuk dos pertama dan 51.3% untuk dos kedua. Di samping itu, perniagaan besar di UK kini bergegas dengan rancangan pelaburan pasca sekatan yang dapat meningkatkan ekonomi UK, menurut kepada tinjauan oleh Deloitte. Pada masa penulisan, paun sterling meningkat sebanyak 0.04% kepada 1.3891.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.16% kepada $ 74.66 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap OPEC menggegarkan pasaran. Kegagalan untuk mencapai kesepakatan antara OPEC dan anggotanya dalam kuota pengeluaran telah menyebabkan ketidakpastian jangka pendek dan boleh mengancam kestabilan dari usaha yang dilakukan oleh OPEC. Pada masa penulisan, harga emas jatuh sebanyak 0.19% kepada $1804.91 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan lantunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 92.25. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.65.
Tahap rintangan: 92.25, 92.70
Tahap sokongan: 91.65, 91.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3990.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4105
Tahap sokongan: 1.3885, 1.3750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1850. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1920.
Tahap rintangan: 1.1920, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1850, 1.1785

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 110.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 110.30, 111.00
Tahap sokongan: 109.75, 109.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7485. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7415.
Tahap rintangan: 0.7485, 0.7545
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7330

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7010. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6925.
Tahap rintangan: 0.7010, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2350.
Tahap rintangan: 1.2470, 1.2565
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2275

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9135. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9195.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 74.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 71.15.
Tahap rintangan: 74.20, 76.35
Tahap sokongan: 71.15, 68.35

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1812.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1767.55.
Tahap rintangan: 1812.10, 1853.00
Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50