12 Julai 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat di tengah-tengah jangkaan inflasi semakin meningkat.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melonjak berikutan jangkaan peningkatan risiko inflasi. Menurut kepada Department of Labor AS, Consumer Price Index (CPI) YoY AS bagi bulan Jun yang diramalkan oleh pakar ekonomi telah mencapai 8.8%, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.6%. Data CPI digunakan untuk mengukur perubahan bulanan dalam harga yang dibayar oleh pengguna, yang merupakan penunjuk utama untuk menentukan kadar inflasi. Oleh sebab ahli ekonomi telah memberikan bacaan data CPI yang lebih tinggi berbanding sebelumnya, ia berkemungkinan membayangkan bahawa risiko inflasi yang melambung tinggi terus berlegar di AS. Rizab Persekutuan berkemungkinan akan melaksanakan dasar monetari penguncupan yang agresif untuk menstabilkan inflasi, yang meningkatkan daya tarikan Dolar AS. Namun begitu, para pelabur harus terus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan pelepasan data CPI pada hari esok untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 1.12% ke 108.02.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 1.14% ke $102.90 setong semasa penulisan berikutan China melaporkan kes pertama subvarian Omicron yang sangat mudah ditularkan, yang mungkin menyebabkan penutupan. Selain itu, harga emas menaik sebanyak 0.03% ke $1732.25 se-troy auns semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan harga emas kekal menurun di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) | -28 | -38.3 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 108.80, 110.50
Tahap sokongan: 106.95, 105.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2010, 1.2115
Tahap sokongan: 1.1870, 1.1755
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0145, 1.0235
Tahap sokongan: 1.0040, 0.9950
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 137.35, 138.60
Tahap sokongan: 136.65, 135.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6555
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6145, 0.6235
Tahap sokongan: 0.6060, 0.5950
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2875
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9900, 0.9960
Tahap sokongan: 0.9820, 0.9740
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 103.30, 107.60
Tahap sokongan: 97.70, 93.55
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1737.30, 1753.25
Tahap sokongan: 1718.90, 1700.95