83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Ogos 2020                      Analisis Sesi Pagi

 

Mata wang paun jatuh susulan data pekerjaan yang lemah.

Semasa awal sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh berikutan dengan data pekerjaan yang lemah di UK menyebabkan pasangan ini bergelut. Menurut kepada Statistik Nasional, jumlah orang yang kini bekerja telah menurun sebanyak 220,000 orang pada suku ke-2. Ini adalah kejatuhan pekerjaan yang terbesar sejak 2009. Walaupun dengan sokongan kerajaan, pasaran buruh di UK tetap rapuh akibat krisis koronavirus. Pada masa yang sama, kadar pengangguran tetap stabil pada 3.9%. Namun, data tersebut juga menggambarkan sebilangan besar individu UK telah berhenti mencari pekerjaan. Di samping itu, data Average Hourly Earnings tidak termasuk bonus juga jatuh ke -0.2%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Data yang berasingan juga menunjukkan bahawa jumlah kakitangan dalam senarai gaji syarikat menurun sebanyak -730,000 sejak Mac. Ini menunjukkan bahawa ia akan ada kenaikan yang lebih lanjut dalam kadar pengangguran negara. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.05% kepada 1.3051.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.16% kepada $ 41.61 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan mengenai permintaan minyak yang lemah muncul kembali susulan dengan pengakhiran musim pemanduan musim panas. Pengakhiran dalam musim pemanduan musim panas di mana orang Amerika melakukan perjalanan dan memandu di jalan raya akan mengehadkan pemulihan permintaan, justerunya ia menyebabkan harga komoditi menurun kerana lebih banyak orang sekarang dijangka bekerja dari rumah. Sebaliknya, harga emas menjunam sebanyak 0,45% kepada $ 1918.14 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pemulihan dolar dan jangkaan rangsangan AS yang semakin hampir.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

10.00                     NZD                      RBNZ Rate Statement

11.00                     NZD                      RBNZ Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
10.00 NZD – RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
14.00 GBP – GDP (MoM) 1.8%
14.00 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) 8.4% 10.0%
14.00 GBP – Monthly GDP 3M/3M Change -19.1%
20.30 USD – Core CPI (MoM) (Jul) -7.373M -2.875M
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -7.373M -2.875M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.45.

 

Tahap rintangan: 94.00, 95.70

Tahap sokongan: 92.45, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1795. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek kembali ke arah tahap rintangan 1.1795.

 

Tahap rintangan: 1.1795, 1.1895

Tahap sokongan: 1.1690, 1.1575

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 106.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 106.20.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.40

Tahap sokongan: 106.20, 105.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7040.

 

Tahap rintangan: 0.7185, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7040, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan 0.6580. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6510.

 

Tahap rintangan: 0.6580, 0.6685

Tahap sokongan: 0.6510, 0.6395

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata sementara ia menguji kembali tahap rintangan 1.3330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3330, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9230.

 

Tahap rintangan: 0.9230, 0.9365

Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 42.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 41.05.

 

Tahap rintangan: 42.60, 43.55

Tahap sokongan: 41.05, 39.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1908.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komodoti ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1970.60, 2016.10

Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95