83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 October 2020                                Analisis Sesi Pagi

 

Semasa sesi awal Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan para pelabur semakin bimbang terhadap gelombang koronavirus kedua Eropah. Menurut laporan dari Wall Street Journal, ketua ekonomi ECB Philip Lane telah memberi amaran bahawa “fasa seterusnya akan menjadi lebih sukar” ketika menangani gelombang kedua COVID-19. Rekod yang berterusan mengenai jangkitan tinggi setiap hari serta peningkatan yang mendadak dalam kes di beberapa negara Eropah menunjukkan bahawa Euro tidak benar-benar pulih seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Negara-negara seperti Sepanyol telah melancarkan darurat sementara Itali juga memberi amaran bahawa sistem kesihatan mereka mengalami “masalah kritikal yang penting”. Berikutan dengan perkembangan tersebut, sentimen mata wang Euro telah diseret dengan lebih rendah dan mempengaruhi nilainya pada masa yang sama. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh 0.83% kepada $ 1.1819.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.81% kepada $ 40,47 setong semasa penulisan berikutan dengan syarikat tenaga AS memulakan semula pengeluaran minyak selepas taufan. Dua hari selepas Badai Delta mendarat pada malam Jumaat, pekerja dari syarikat-syarikat seperti Chevron Corp, Royal Dutch Shell dan BHP Group telah kembali ke pelantar pengeluaran di Teluk Mexico. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% kepada $ 1930.66 se troy auns pada waktu penulisan berikutan kelemahan dolar AS yang luas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CAD                     Thanksgiving Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indek dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 92.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 93.65, 94.65

Tahap sokongan: 92.70, 91.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap 1.3005.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3500

Tahap sokongan: 1.3005, 1.2775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1750. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1750.

 

Tahap rintangan: 1.1890, 1.1995

Tahap sokongan: 1.1750, 1.1615

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 105.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.15.

 

Tahap rintangan: 105.80, 106.45

Tahap sokongan: 105.15, 104.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7200. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.7200.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410

Tahap sokongan: 0.7200, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6685. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.6595.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6595, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3115. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3240.

 

Tahap rintangan: 1.3240, 1.3335

Tahap sokongan: 1.3115, 1.2995

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9190 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap 0.9190.

 

Tahap rintangan: 0.9190, 0.9295

Tahap sokongan: 0.9050, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 41.41. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 39.00.

 

Tahap rintangan: 41.40, 43.95

Tahap sokongan: 39.00, 36.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1914.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1914.20.

 

Tahap rintangan: 1970.55, 2010.30

Tahap sokongan: 1914.20, 1854.20