12 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia telah meningkat susulan tinjauan ekonomi yang positif.
Dolar Australia telah didagang dengan lebih tinggi terhadap dolar AS dan mata wang yang lain di tengah prospek ekonomi yang positif. Negeri yang paling terpadat di Australia, New South Wales (NSW) telah menyatakan bahawa ia akan melonggarkan sekatan pada hari Isnin selepas mencapai sasaran 70% vaksinasi penuh untuk populasi orang dewasa. Australia memanggil hari tersebut sebagai ‘Hari Kebebasan’ sementara negeri kedua yang terpadat, Victoria juga menyatakan bahawa ia akan dibuka pada bulan Disember. Pembukaan semula ekonomi di Australia telah mendorong sentimen pasaran terhadap dolar Australia. Selain itu, kenaikan harga komoditi juga memberikan sokongan tambahan bagi Australia. Salah satu eksport utama Australia, bijih besi juga menyaksikan harganya meningkat berikutan dengan permintaan yang tinggi dari China selepas pelabuhan utama negara itu dibuka semula. Pada masa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.03% menjadi 0,7339.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.04% kepada $80,44 setong semasa penulisan susulan dengan isyarat yang negatif di pasaran. Menurut kepada Reuters, Rumah Putih meminta OPEC untuk mengambil inisiatif yang lebih lanjut untuk mengawal kenaikan harga minyak mentah dunia. Kerajaan AS juga menyatakan akan memantau harga minyak dan petrol serta membuat perubahan di pasaran untuk memastikan pasaran minyak mentah yang stabil dan efisien. Sebaliknya, harga emas jatuh sebanyak 0.02% kepada $1753.09 se troy auns di tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | 8.30% | 7.00% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | -58.6K | – | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) | 26.5 | 24 | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Aug) | 10.934M | 10.925M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 94.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 94.35.
Tahap rintangan: 94.35, 94.90
Tahap sokongan: 93.70, 93.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3620. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3435.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3745
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.1515. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1610, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1515, 1.1440

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.40. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 112.60.
Tahap rintangan: 113.40, 113.95
Tahap sokongan: 112.60, 112.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7235

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6880.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6805

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2455. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2585.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2695
Tahap sokongan: 1.2455, 1.2310

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 79.40. MACD yang memaparkan bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 79.40.
Tahap rintangan: 82.50, 84.55
Tahap sokongan: 79.40, 76.40

GOLD, H4: Harga emas kekal didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1747.05. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1779.50, 1806.85
Tahap sokongan: 1747.05, 1721.65