83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 November 2020                            Analisis Sesi Pagi

 

Euro menjunam susulan dengan kenyataan Christine Lagarde yang pesimis.

Mata wang tunggal Euro yang memainkan peranan penting dalam pasaran FX telah menerima momentum penjualan yang besar selepas Ketua ECB Christine Lagarde mendedahkan bahawa pandemik Covid-19 telah menghasilkan kemelesetan yang sangat luar biasa dalam ekonomi Zon Eropah sambil memberi amaran kepada pasaran agar tidak terlalu optimis mengenai berita positif jangka pendek daripada vaksin. Hujung minggu lalu, vaksin yang dihasilkan oleh pembuat ubat AS Pfizer dan BioNtech telah menunjukkan hasil positif dalam peringkat percubaan klinikal, di mana keberkesanan mencegah virus hampir 90%. Walaupun terdapat berita terbaru dari perkembangan vaksin yang amat menggembirakan, namun ekonomi masih akan terpengaruh teruk oleh penyebaran virus yang cepat dan sekatan yang lebih ketat juga berkemungkinan dilaksanakan di EU sehingga virus menunjukkan tanda penyusutan yang kritikal, dikatakan oleh Christine Lagarde. Selain itu, Lagarde juga mendedahkan bahawa ECB mungkin akan melonggarkan dasar monetari EU dengan lebih lanjut pada bulan depan kerana negara Zon Eropah telah beralih arah ke arah kemelesetan sekali lagi setelah kebangkitan jangkitan baru-baru ini. Setakat ini, jumlah kes yang tercatat di negara-negara EU sejak wabak virus muncul telah mencapai paras 12 juta, sementara jumlah kematian juga telah meningkat ke jumlah 300 ribu. Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan EUR/USD jatuh 0.02% ke 1.1772.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.05% ke $41.50 setong selepas OPEC menurunkan ramalannya terhadap permintaan minyak global untuk tahun ini. Menurut kepada Monthly Oil Market Report (MOMR), OPEC mengurangkan jangkaan permintaan minyak global untuk tahun 2020 sebanyak 300K tong sehari berbanding dengan anggaran bulan lalu. Selain itu, harga emas turun 0.02% ke $1863.00 setroy auns di tengah berita positif vaksin terus menimbang pada sentimen pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:00                  GBP                    BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – GDP(QoQ)(Q3) -19.8% 15.8%
15:00 GBP – Manufacturing Production (MoM)(Sep) 0.7% 1.0%
21:30 USD – Core CPI (MoM)(Oct) 0.2% 0.2%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 751K 735K
00:00

(13hb)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories -7.998M -0.913M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar index telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 93.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.75.

 

Tahap rintangan: 93.00, 93.30

Tahap sokongan: 92.75, 92.40

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3230.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3185, 1.3110

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1750. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1795.

 

Tahap rintangan: 1.1795, 1.1840

Tahap sokongan: 1.1750, 1.1700

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 105.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.90.

 

Tahap rintangan: 105.65, 106.05

Tahap sokongan: 104.90, 104.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7330.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6890.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6835

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3095.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3240

Tahap sokongan: 1.3035, 1.2960

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9135.

 

Tahap rintangan: 0.9175, 0.9200

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9100

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 41.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.20.

 

Tahap rintangan: 42.20, 42.85

Tahap sokongan: 41.50, 40.75

 

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1867.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1867.70.

 

Tahap rintangan: 1867.70, 1888.30

Tahap sokongan: 1854.45, 1845.90